Misi Bantuan Pasca Banjir Johor
Unit Volunteer & Community MVM telah mengambil inisiatif untuk menggunakan khidmat #VolunteerMVM dalam pelbagai program yang dijalankan oleh MVM bertujuan memanjangkan ikatan perhubungan dan meluaskan jaringan ilmu sesama sukarelawan.
InshaAllah, kali ini MVM bersama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di dalam Misi Bantuan Pasca Banjir Johor bagi aktiviti pembersihan tempat yang terjejas akibat banjir yang berlaku di Johor. Oleh itu, MVM amat memerlukan khidmat mana-mana Volunteer yang berkelapangan untuk membantu dalam misi kali ini bersama kami.
Kami memerlukan 70 orang Volunteer untuk membantu kami di dalam Misi Bantuan Pasca Banjir Johor ini. Insha Allah ianya bermanfaat kepada semua yang sudi membantu seikhlas hati. Jika berminat untuk sertai, boleh terus daftar dibawah.
[googleapps domain=”docs” dir=”forms/d/e/1FAIpQLSePI7IvGco1cqw32CGMtUafBeb4ztlqKVV9IwA3__7cULrCdA/viewform” query=”embedded=true” width=”640″ height=”1041″ /]