Bantuan Musim Sejuk Syria Kini Dibuka Bermula 10 November 2017.
Musim sejuk yang bakal menjengah negara bergolak Syria memberi cabaran kepada pelarian yang kehilangan tempat tinggal dan keluarga. Musim sejuk adalah situasi yang agak kritikal bagi mereka untuk meneruskan kehidupan kerana kekurangan makanan, selimut, pakaian, alat pemanas dan ubat-ubatan.
Perjumpaan pada 24 Oktober 2017 di antara Presiden MVM, Muhammad Jantan dan CEO MLLFS, Syahril Azfar telah membulatkan keputusan untuk menghantar bantuan musim sejuk ke Syria.
Oleh itu, Muslim Volunteer Malaysia akan membuka tajaan Bantuan Musim Sejuk : Syria Kami Datang pada 10 November 2017 ( Jumaat ).
Tarikh kutipan dibuka : 10 November 2017
Sasaran kutipan : RM200,000
Bantuan musim sejuk ini dijangka dihantar pada awal Januari 2018. Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu merekodkan sehingga 2017 seramai 5 juta rakyat Syria menjadi pelarian.
Marilah sama-sama kita menghulurkan bantuan kepada mereka. 5 juta pelarian ini sedang menunggu bantuan kita rakyat Malaysia.
Anda boleh menghulurkan sumbangan ikhlas di link website berikut : https://donationmvm.org/donations/misi-bantuan-musim-sejuk-syria-kami-datang/