Di Sebalik Pintu

Kami mencari golongan keluarga yang memerlukan bantuan, dan pihak MVM akan menilai dan mengkaji apa bentuk bantuan yang harus diberikan kepada keluarga tersebut.

Program Di Sebalik Pintu 3,
Kali ini di Selangor.

Kriteria yang dicari,

– Mestilah berkeluarga
– Pendapatan sebulan kurang dari RM900 sekeluarga
– Golongan Asnaf / Miskin
– Keluarga menetap di Selangor
– Sila sertai gambar rumah keluarga

Kami meminta kerjasama semua, jika anda kenal keluarga di dalam komuniti anda yang memerlukan bantuan.

Sila inbox kami di FB Muslim Volunteer Malaysia jika anda mempunyai maklumat.

Ataupun emailkan ke salam@mvm.org.my

Individu yang mencadangkan, mestilah bekerjasama bersama MVM sebagai orang tengah dalam program ini.

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.