UNDI MVM UNTUK ANUGERAH “VOLUNTEER MALAYSIA AWARDS 2016”

volunteer malaysia awards

iM4u VOLUNTEER MALAYSIA AWARDS.

iM4u Volunteer Malaysia Awards adalah untuk meraikan dan memberi penghargaan kepada badan-badan organisasi yang mempromosikan semangat kesukarelawan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh organisasi tersebut dan memberi impak yang positif kepada masyarakat setempat.

Alhamdulillah, program Muslim Volunteer Malaysia iaitu Pure Heart MVM 2016 telah tercalon untuk Top 5 dalam dua anugerah iaitu iM4u’s Volunteer Malaysia Awards 2016 – NGO / NPO / Collective dan People’s Choice Award.

Projek Pureheart dibawakan khas oleh MVM untuk meringankan beban warga Malaysia yang terpilih iaitu keluarga yang miskin dan asnaf berpendapatan dibawah RM1000 untuk meneruskan kehidupan harian. Untuk maklumat lanjut tentang Pure Heart, boleh klik sini. 

volunteer malaysia awards

Ini adalah kedudukan terkini Pure Heart MVM 2016 di mana MVM berada di tangga yang ke-11. Oleh itu, kami memerlukan sokongan anda untuk sama-sama mengundi Pure Heart MVM 2016.

Anda boleh layari website www.im4u.my/vma/vote untuk mengundi Pure Heart MVM 2016 bagi People’s Choice Award sekarang. Undian dibuka mulai 23 November sehingga 2 Disember 2016.

Cara-cara Untuk Anda Mengundi : 

  1. Klik link -> www.im4u.my/vma/vote 
  2. Pilih nama “Pure Heart MVM 2016”
  3. Klik “VOTE” untuk nama “Pure Heart MVM 2016”

*Untuk makluman, anda boleh mengundi lebih daripada satu kali setiap 1 jam.

Jom undi banyak-banyak Pure Heart MVM 2016 sekarang !

 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.