Imbasan Kenangan MVM Apprentice 2016

Imbasan Kenangan MVM Apprentice 2016.

MVM Apprentice dibawakan khas oleh MVM untuk membantu golongan mahasiswa daripada kalangan keluarga asnaf. Ia bertujuan mendedahkan dan memberi pengetahuan tentang teknik-teknik keusahawanan dan pemasaran dalam perniagaan. 

Bagi anda yang baru mengenali program MVM Apprentice anjuran MVM ini, kami kongsikan imbasan kenangan MVM Apprentice 2016. Pada tahun 2016 ini, kami telah berjaya melahirkan usahawan muda untuk produk kecantikan iaitu dengan penghasilan serum untuk wajah.

Preview MVM Apprentice 2016

Preview MVM Apprentice adalah fasa pertama untuk program ini di mana mereka yang berminat untuk menyertai MVM Apprentice akan diberikan pengenalan tentang program ini dan pendaftaran dibuka untuk mereka yang berminat menjadi peserta.

Team Building MVM Apprentice

Setiap orang yang mendaftar akan melalui proses tapisan dan peserta yang terpilih akan sertai Team Building MVM Apprentice. Team building ini bertujuan untuk memberi persediaan mental dan fizikal kepada peserta serta sesi taaruf antara peserta, dan #VolunteerMVM.

Bengkel MVM Apprentice 2016

Selepas Team Building, peserta akan belajar selok-belok perniagaan dalam bengkel MVM Apprentice bersama Mentor mereka.

Graduasi MVM Apprentice 2016

Adakah anda berminat untuk sertai MVM Apprentice dan menjadi Juara seperti saudar Zul Fattah?

Nantikan pengumuman daripada kami ya !

 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.