Kaji Selidik Tentang Hebahan Kempen & Program Anjuran Muslim Volunteer Malaysia

Kaji Selidik Tentang Hebahan Kempen & Program Anjuran Muslim Volunteer Malaysia.

Alhamdulilah sejak penubuhan MVM, kini lebih 100 program dan kempen yang telah dianjurkan. Kami di MVM menggunakan platform sosial media dan Internet bagi tujuan hebahan kempen dan program.

Dengan ini, MVM kini menjalankan Kaji Selidik Tentang Hebahan Kempen & Program Anjuran Muslim Volunteer. Ia bertujuan untuk menambahbaik dan mengkaji keberkesanan  kempen dan program yang dianjurkan. Ianya sangat penting bagi kami untuk mempunyai data statistik yang lebih tepat supaya kami dapat membuat perancangan yang lebih baik pada masa hadapan.

Oleh yang demikian, kerjasama anda untuk meluangkan masa bagi menjawab kaji selidik ini amatlah kami hargai. Segala maklumat peribadi anda daripada kaji selidik ini adalah sulit dan tidak akan dikongsikan pada pihak ketiga.

Anda juga boleh bantu hebahkan tentang kaji selidik ini kepada sahabat dan keluarga. Kerjasama anda amatlah kami hargai.

Hadiah Misteri Menanti Anda !

Sebagai tanda penghargaan kepada anda yang sudi membantu kami dalam kaji selidik ini, kami di MVM akan memilih beberapa pemenang hadiah misteri dan akan mengumumkannya di laman sosial kami. Pastikan anda menulis butiran latar belakang dengan tepat dan sentiasa “up-to-date” laman sosial Facebook, Instagram, Twitter dan Telegram MVM.

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.