Kenyataan Rasmi Muslim Volunteer Malaysia (MVM ) Berkenaan Isu “Mahasiswa & Cabaran Ekonomi”

Kami mengucapkan terima kasih kepada NGO dan badan-badan mahasiswa yang telah mengambil tindakan berkenaan isu ini. TETAPI, pihak kami memandang serius artikel-artikel yang telah dikeluarkan oleh portal-portal berikut:

Untuk makluman, berkenaan berita yang telah dikeluarkan;

  1. Kami ingin menegaskan tiada sebarang penglibatan secara langsung mahupun tidak langsung daripada pihak Muslim Volunteer Malaysia (MVM)
  2. Setiap kajian yang dilakukan pihak MVM tiada langsung kaitan dengan mana-mana badan politik, individu dan organisasi berkepentingan

Oleh demikian,

Setiap artikel yang berbau politik adalah bukan daripada pihak kami. Adalah diminta orang ramai tidak terkeliru dengan rayuan sumbangan yang diminta dengan menggunakan hasil kaji selidik dan poster yang telah dikeluarkan oleh kami. Setiap rayuan sumbangan tersebut datang daripada pihak-pihak terbabit, dan BUKAN daripada pihak kami sendiri.

mahasiswa-dan-ekonomi

Kami mohon,

Supaya setiap individu ataupun organisasi yang ingin menggunakan hasil kaji selidik kami, meminta kebenaran terlebih dahulu untuk mengelakkan kekeliruan pada masa akan datang. MVM menyokong penuh usaha setiap pihak dalam usaha membantu meringankan beban mahasiswa.

Ya Muhammad
Presiden
Muslim Volunteer Malaysia Association

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.