Bengkel Online MVM ‘Intro To Psychological First Aid’

Bengkel Online ‘Intro To Psychological First Aid’ Eksklusif Untuk #VolunteerMVM Kini Dibuka

Kursus #VolunteerMVM 2021 adalah satu inisiatif Latihan Kesukarelawan Muslim Volunteer Malaysia yang lebih “fresh” dan holistik.

Pada tahun ini, kami masih mengekalkan objektif utama untuk memberi kefahaman kepada sukarelawan MVM tentang Visi, Misi, dan perjuangan Muslim Volunteer Malaysia sebagai sebuah badan NGO.

Disebabkan musim lockdown yang melanda di negara kita, kami di MVM mengambil inisiatif untuk mengadakan bengkel online khas buat #VolunteerMVM.

Menarik kali ini, MVM dan Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai bekerjasama dalam mengadakan bengkel online. Kami akan berkongsi dan membuka peluang kepada sukarelawan MVM yang menyertai bengkel ini untuk terlibat secara langsung dalam mempelajari dan mengendalikan tekanan atau situasi (emosi) yang dihadapi oleh seseorang di lapangan.

Pendaftaran dibuka kepada 100 orang sukarelawan MVM dan orang awam yang berminat sahaja bagi Bengkel Psychological First Aid ini.

Lokasi, masa & tempat:

  • Hari : Sabtu
  • Tarikh : 26 Jun 2021
  • Waktu : 9.00 pagi – 12.00 Tengahari.
  • Tempat: Facebook Group Muslim Volunteer Malaysia.

Jom daftarkan diri sekarang dengan tekan link dibawah:

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.