Sertai Kami: Latihan Industri MVM

Latihan Industri MVMPELUANG MENJALANI LATIHAN INDUSTRI DI MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA

Muslim Volunteer Malaysia menawarkan peluang kepada pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi/Politeknik/Kolej dalam peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda untuk mengikuti program Latihan Industri.

Melalui program ini , MVM menawarkan peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan apa yang mereka telah belajar dan mengembangkan pengetahuan mereka serta melengkapkan mereka dengan pengalaman yang tidak ternilai di dalam pekerjaan ini.

Program ini juga meliputi peluang untuk memberi pengalaman dalam membuat kerja amal melalui program-program yang dianjurkan oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Keperluan Permohonan

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Tempoh latihan industri berbeza-beza, sekurang-kurangnya minimum sepuluh (10 ) minggu dan maksimum lima puluh dua (52 ) minggu.

Prosedur Permohonan

Pelajar yang berminat dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen berikut :

  • Surat permohonan daripada pelajar
  • Resume terkini beserta gambar passport
  • Surat sokongan daripada Universiti

Kemudahan Elaun

Pelajar layak menerima elaun latihan industri sebanyak RM500 sebulan termasuk hari cuti awam/umum/hujung minggu.

Permohonan boleh dihantar secara pos ke alamat berikut:-

E-mel kepada: salam@mvm.org.my
Nama Pegawai : Nur Faeza binti Samsimon

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.