Maafkan Kami Adik, Kami di Malaysia Selesa Sehingga Tidak Memikirkan Kamu Yang Sedang Lapar

Perkongsian dari saudara Muhammad bin Jantan yang kita berada di sempadan Turki dan Syria dan usaha menghantar bantuan ramadhan “Syria Kami Datang” bersama – sama wakil NGO  Malaysia Life Line For Syria dan Tangisan Syria di Bumi Jordan.

Hayatilah gambar dan perkongsian anak-anak ini.

Semalam Allah pertemukan saya dengan dua beradik ini, melihat sendiri wajah seorang abang membawa juadah berbuka puasa yang kami sediakan kepada adik dia telah memberi satu kesan pada diri saya.

Saya lihat, si adik menanti abang dia datang dengan wajah yang penuh dengan harapan.

Lalu si abang datang membawa makanan, saat itu jugalah terus berubah wajah si adik menjadi sangat gembira.

Barangkali si adik telah lama tidak merasa makanan seperti ini. Itu yang terukir senyuman diwajah seorang gadis kecil yang kini menjadi pelarian, mungkin juga telah kehilangan kedua-dua orang tuanya.

Melihat apa yang dilakukan oleh dua beradik ini, jelas telah memberi maksud erti syukur pada diri mereka.

Tingkah laku adik beradik ni secara tak langsung telah buat saya rasa “Ya Allah, kami di Malaysia sampai tahap membazir Ya Allah”

Muhammad bin Jantan
Anak Muda Yang Terkesan Melihat Anak-Anak Pelarian

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.