Motivasi Al-Insyirah

MOTIVASI AL INSYIRAH

Apa yang kita boleh belajar dari Surah Al Insyirah. Atau kalau kita zaman kanak-kanak mengaji muqaddam dulu, kita sering sebut Surah Alam Nasyrah. Sebab ia ayat pertama surah. Jadi mudah melekat di ingatan.

Surah ini juga kita sering baca di dalam solat. Yalah, nak baca surah lazim panjang-panjang tak mampu. Maka surah pendek ini jugalah yang menjadi pilihan kita.

Tahu tak kita semua surah yang mengandungi 8 ayat ini adalah sebuah ‘modul’ motivasi dari Allah. Kalau kita faham betul-betul setiap ayat didalamnya, maka kita akan terasa seperti membaca satu bab dalam sebuah buku motivasi.

Penting sebenarnya untuk kita tahu asbab nuzul sesuatu surah. Kerana melaluinya kita akan tahu kerana apa Allah turunkan Surah ini. Pasti ada peristiwa yang berlaku. Bila kita sudah tahu ‘sebab turun’ maka kita akan mudah untuk menghayati dan ‘relate’ dengan kehidupan kita.

Bagi anda yang sedang menghadapi masalah sekarang ini, sedang rasa terbeban dengan kehidupan. Pergilah dapatkan Al-Quran dan bacalah Surah Al Insyirah.

Surah ini diturunkan kerana  Nabi Muhammad SAW berjaya  menghadapi pelbagai kesulitan dan kepayahan yang berpunca dari orang-orang kafir. Kemudian baginda mendapatkan kelapangan dan kemudahan, iaitu setelah baginda mengalami kemenangan dalam menjalankan perintah Allah SWT untuk berdakwah.

Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir yang bersumber dari al-Hasan bahwa ketika surat al-Insyirah ayat 6 turun, Rasulullah saw bersabda:

“Bergembiralah kalian, karena akan datang kemudahan bagi kalian. Satu kesusahan tidak akan mengalahkan dua kemudahan.

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ (1) وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ (2) الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ (3) وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ (4) فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (5) إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (6) فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ (7) وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ (8)

1)    Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,

2)    Dan Kami telah menanggalkan darimu bebanmu,

3)    Yang memberatkan punggungmu,

4)    Dan Kami meninggikan bagimu sebutanmu,

5)    Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,

6)    Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,

7)    Maka apabila engkau telah selesai maka (bekerjalah) hingga engkau letih,

8)    Dan hanya kepada Tuhanmu hendaknya engkau berharap.

Pesan Surah Al-Insyirah

  1. Tema utama surat Al-Insyirah ini adalah penegasan tentang nikmat-nikmat Allah SWT yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW, dan pernyataan Allah bahwa bersama kesukaran ada kemudahan kerana itu Nabi Muhammad SAW diperintahkan agar tetap melakukan usaha-usaha dan bertawakkal kepada-Nya.
  2. Pada ayat 2-3 dalam surat Al-Insyirahini dapat diketahui betapa berat beban yang dipikul oleh Nabi Muhammad SAW. Ulama’-ulama’ berpendapat tentang beban berat yang dirasakan oleh Nabi Muhammad SAW
  3. Surat Al-Insyirahini memberi petunjuk bahwa seseorang harus selalu memiliki kesibukan. Bila telah berakhir suatu pekerjaan, ia harus memulai lagi dengan pekerjaan yang lain, sehingga ia tidak akan pernah mensia-siakan waktu.
  4. Pada ayat 7-8 dalam surat Al-Insyirah ini memberi petunjuk kepada manusia bahwa dalam ketika manusia ingin meraih sesuatu, maka ia harus berusaha dan bekerja terlebih dahulu, baru kemudian menggantungkan harapan kepada Allah.

 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.