MVM Melancarkan 3 Inisiatif dan Kempen Terbaru

MVM Melancarkan 3 Inisiatif dan Kempen Terbaru.

Dalam usaha membantu golongan yang memerlukan bantuan, Muslim Volunteer Malaysia – MVM bersama dgn ikon MVM telah melancarkan 3 inisiatif dan kempen baru yang memerlukan sumbangan dan hebahan dari anda:

Tabung Peduli MVM

Tabung Peduli MVM merupakan salah satu inisiatif terbaru MVM dalam mengumpul dana bantuan secara konvensional. Tabung ini akan diagihkan kepada sukarelawan MVM, orang awam dan juga badan-badan korporat dalam usaha untuk menjayakan kempen-kempen anjuran MVM.
.

MVM Web Donation

MVM Web Donation merupakan satu platform baru secara atas talian yang diusahakan oleh MVM bagi mengumpulkan semua kempen-kempen bantuan dalam satu laman sesawang. Ia bertujuan untuk memudahkan orang awam menghulurkan sumbangan ikhlas.

Layari web donation : www.donation.org.my

Misi Bantuan Musim Sejuk “Syria, Kami Datang” 2.0

Perjumpaan pada 24 Oktober 2017 di antara Presiden MVM, Muhammad Jantan dan CEO Malaysia Lifeline For Syria (MLLFS), Syahril Azfar telah membulatkan keputusan untuk sekali lagi menghantar bantuan musim sejuk ke kem pelarian Syria di Turki dan Syria dalam Misi Bantuan Musim Sejuk “Syria, Kami Datang” 2.0

3 bantuan sangat kritikal yang diperlukan adalah seperti berikut :

Baju Sejuk

Sasaran : 1000 penerima bantuan
1 Tajaan : RM100
Jumlah tajaan : RM100,000

Selimut

Sasaran : 1000 penerima bantuan
1 Tajaan : RM50
Jumlah tajaan : RM50,000

Susu bayi

Sasaran : 1000 penerima bantuan
1 tajaan : RM50
Jumlah tajaan : RM50,000
Jumlah keseluruhan dana diperlukan : RM200,000

Tarikh tutup sumbangan : 24 Disember 2017

Harapan MVM

Dengan hanya berbaki satu bulan sahaja lagi sebelum tahun 2016 berakhir, besar harapan kami di MVM jika anda mengambil peluang yang ada ini untuk memberikan sumbangan dari segi dana / ataupun anda juga boleh bantu dengan share/hebahkan post ini di FB, twitter, instagram, blog, group wassap mahupun telegram.

Sumbangan di atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia:

➳ Maybank: 5648 0164 7699
➳ Cimb: 8602 5378 07
➳ Bank Islam : 1230 0010 0030 65
➳ Email: account@mvm.org.my

Bagi anda yang memerlukan resit selepas tajaan/sumbangan dibuat, boleh klik dibawah :
➳ www.donationmvm.org

Marilah sama-sama kita mencari bekalan akhirat dengan memperbanyak bersedekah. Semoga usaha ini dipermudahkan.

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.