MVM Volunteering Program Di Zoo Negara Kembali Lagi

MVM Volunteering Program Di Zoo Negara Kembali Lagi.

MVM Volunteering Program Di Zoo Negara adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi pelaksanaan program-program kebajikan di bawah kelolaan MVM sepanjang tahun selain dapat meluaskan jaringan jalinan bersama pertubuhan-pertubuhan, kelab -kelab dan agensi-agensi lain.

Selain itu, program ini juga bagi meraikan wira-wira Zoo Negara iaitu penjaga zoo selain menyebarkan pengetahuan mengenai tingkah laku haiwan, cara pengendalian haiwan dengan betul dan disamping dapat belajar untuk menghargai kepentingan memulihara kehidupan liar yang kian terancam.

Bukan itu sahaja, selain dapat membersihkan kawasan di Zoo Negara peserta juga dapat beriadah dan melihat kawasan-kawasan menarik di Zoo Negara.

MAKLUMAT PROGRAM

Nama Program : MVM Volunteering Program Di Zoo Negara
Tarikh : 11 November 2017
Hari : Sabtu
Masa : 0800 am – 13.00 pm
Tempat : Zoo Negara, Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan

TENTATIF PROGRAM

MASA PERKARA
7.00 AM Pendaftaran
7.40 AM Majlis Bermula – Bacaan Doa
Ucapan oleh Muhammad bin Jantan, Presiden MVM
Taklimat Ringkas oleh wakil Zoo Negara dan pembahagian kumpulan
8.30 AM Bergerak Ke Kandang Haiwan
10.30 AM Berehat & Makan
11.110 AM Melawat Kawasan Haiwan
12.00 PM Melawat Kawasan Panda*
12.30 PM Pemberian Cenderahati Kepada Zoo Negara Bergambar
12.40 PM Bergambar
1.o0 PM Bersurai

*Tertakluk kepada perubahan

PENGLIBATAN VOLUNTEER MVM

Para peserta akan dibahagikan kepada seksyen haiwan secara rawak seperti di bawah :

  • Mammal Kingdom
  • Karnivor
  • Burung
  • Rumah Reptilia
  • Kompleks Beruang
  • Ape Center
  • Akuarium
  • Children’s World
  • Savannah

*Tertakluk kepada perubahan

Volunteer yang ingin menyertai “MVM Volunteering Program Di Zoo Negara” perlulah patuh kepada syarat-syarat berikut:

KOD PAKAIAN

  • Pakaian Sukan
  • Kasut Bertutup
  • Seluar Panjang
  • Rambut Panjang Perlu diikat kemas (perempuan)
  • Tidak dibenarkan memakai barangan kemas

* Tempat menyimpan barang / locker tidak disediakan

MAKANAN & MINUMAN

  • Membawa bungkusan makanan dari luar Zoo Negara yang tidak mesra alam seperti (Styrofoam).
  • Menyentuh, mendekati dan memberi makan kepada haiwan tanpa kebenaran pegawai Zoologi atau supervisor.
  • Menjadi tanggungjawab bersama untuk membuang sampah ditempat yang disediakan.

PENDAFTARAN

Program ini hanya dibuka kepada peserta yang berumur 18 tahun ke atas.

Jumlah penyertaan : 80 orang

Yuran penyertaan : RM45 (pecahan yuran boleh lihat dibawah)

1) Zoo Negara RM25 (termasuk lawatan ke Giant Panda)
* Bayaran akan disalurkan ke tabung penjagaan & pemuliharaan hidupan liar di Zoo Negara

2) T-shirt Program + Button Badge + Sijil RM15

3) Makanan & Minuman – RM5

MAKLUMAT PENTING !

  •  Jika anda telah membuat bayaran, tetapi sebenarnya kuota telah penuh, kami akan menghubungi anda untuk tujuan pulangan wang.
  • Jika anda telah terpilih untuk menjadi sukarelawan Zoo Negara tetapi tidak dapat hadiri program, yuran tidak akan dipulangkan.

PENDAFTARAN boleh klik di butang “Register” dibawah: 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.