Peluang Latihan Industri di Muslim Volunteer Malaysia

PELUANG LATIHAN INDUSTRI DI MUSLIM VOLUNTEER MALAYSIA

Muslim Volunteer Malaysia – MVM menawarkan peluang kepada pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi/Politeknik/Kolej dalam peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda untuk mengikuti program Latihan Industri.

Bidang Latihan Industri yang ditawarkan adalah seperti berikut :

  • Graphic Designer

Skop tugasan : Menghasilkan & editing design grafik dan logo untuk kegunaan program dan media sosial MVM.

  • Videographer

Skop tugasan : Menghasilkan & suntingan video-video setiap program MVM.

  • Media Content Marketing

Skop tugasan : Menyediakan content, menulis copywriting dan update media sosial serta laman web MVM.

Melalui program ini , MVM menawarkan peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan apa yang mereka telah belajar dan mengembangkan pengetahuan mereka serta melengkapkan mereka dengan pengalaman yang tidak ternilai di dalam pekerjaan ini.

Program ini juga meliputi peluang untuk memberi pengalaman dalam membuat kerja amal melalui program-program yang dianjurkan oleh Muslim Volunteer Malaysia.

Keperluan Permohonan

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Tempoh latihan industri berbeza-beza, sekurang-kurangnya minimum sepuluh (10) minggu dan maksimum lima puluh dua (52) minggu.

Prosedur Permohonan

Pelajar yang berminat dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

  • Resume terkini beserta gambar passport

Kemudahan Elaun

Pelajar layak menerima elaun latihan industri sebanyak RM500 sebulan termasuk hari cuti awam/umum/hujung minggu.

Permohonan boleh dihantar  ke E-mel berikut:-

E-mel kepada: salam@mvm.org.my
Nama Pegawai : Nur Faeza binti Samsimon

Jika terpilih, anda akan dihubungi oleh pihak MVM.

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.