Pendaftaran Kejohanan Futsal Piala Amal MVM 2017 Kini Dibuka!
Program Sukan MVM 2017 merupakan program kesinambungan dari tahun 2016 dimana 3 projek telah diadakan dengan jayanya, iaitu:
-
- Piala Amal Bowling MVM 2016
- Piala Amal Paintball MVM 2016
- Piala Amal Badminton MVM 2016
- Piala Amal Bowling MVM 2017
Ia bertujuan untuk mengumpul dana bagi program-program bantuan anjuran MVM. Ia juga untuk meningkatkan semangat kesukanan dan melahirkan sukarelawan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani, emosi dan sosial sambil beramal.
Piala Amal Futsal MVM 2017 ini dianjurkan bagi mengumpul dana bagi program Jejak Mahabbah MVM 2017. Jejak Mahabbah MVM adalah sebuah program bantuan untuk keluarga asnaf yang terpilih. Info lanjut tentang program Jejak Mahabbah boleh baca disini.
Maklumat Pendaftaran :
Tarikh: 8 Julai 2017
Lokasi: KSL Sport Puchong Utama Futsal Center, Puchong
Yuran : RM 100 / pasukan atau RM 80 (student) / pasukan
*Min. 4 orang pelajar dalam satu pasukan untuk mendapatkan harga yuran untuk pelajar.
Jumlah pasukan : 16 Pasukan
-
- Lelaki: 12 kumpulan
- Perempuan: 4 kumpulan
1 Kumpulan: min. 7 orang (5 pemain, 2 reserved)
Hadiah Untuk Pemenang:
- Johan – Piala Pusingan + Hamper + Wang Tunai (RM 500)
- Naib Johan – Piala + Hamper + Wang Tunai (RM 400)
- Tempat ke-3 – Piala + Hamper + Wang Tunai (RM 300)
- Tempat ke-4 – Hadiah Saguhati
- Tempat ke-5 – Hadiah Saguhati
Bagaimana Untuk Daftar ?
Anda hanya perlu isikan borang pendaftaran dibawah ini:
*Tarikh tutup bayaran penyertaan : 30 Jun 2017
Okay guys, jom kita beraksi lawan futsal.
Jumpa anda nanti !