Pendaftaran Sukarelawan Pureheart 3.0 Bulan April Dibuka.

Pendaftaran Sukarelawan Pureheart 3.o Bulan April Dibuka !

Program ini bertujuan untuk menyampaikan barang keperluan asas kepada keluarga miskin dan asnaf bagi meneruskan kehidupan.

Alhamdulilah bulan April ini adalah Pure Heart MVM diteruskan untuk kali ke-3 bagi tahun 2017. Pada tahun ini MVM memberikan bantuan kepada keluarga Miskin & Asnaf dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 1.

MAKLUMAT PROGRAM

Tempat : Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 1
Tarikh : 21 April & 22 April 2017

Bagi yang ingin menjadi volunteer, anda mestilah hadir pada kedua-dua iaitu hari Jumaat malam & hari Sabtu pagi.

INTINERY RINGKAS PROGRAM

Hari Jumaat 21.4.2017
Masa: 9.00 mlm – 10.00 mlm.
– Volunteer akan bantu packing barang-barang asas ini ke dalam kotak.

Hari Sabtu 22.4.2017
Masa: 8.00 pg – 12.00 tgh hari
– Volunteer akan bantu mengedarkan barang-barang keperluan asas ini kepada keluarga miskin & asnaf.
– Volunteer akan bantu mengumpulkan data dan maklumat keluarga yang menerima bantuan.

GALERI PUREHEART

Klik link di bawah untuk melihat koleksi gambar dan video sepanjang program Pureheart yang lepas :

Gambar pureheart 1  : bit.ly/PicPureheart1
Video : bit.ly/VidPureheart1
Gambar pureheart 2 : bit.ly/GaleriPHMac2016
Gambar pureheart 3: bit.ly/PicPureHeart3

PENTING!!

Anda juga boleh klik “Interested” / “Join” di event yang telah kami buat di sini eventmvm 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.