Penyertaan Volunteer “PureHeart” 6.0 Edisi Raya

Penyertaan Volunteer "PureHeart" 6.0 Edisi Raya

Program ini bertujuan untuk menyampaikan barang keperluan asas kepada keluarga miskin dan asnaf bagi meneruskan kehidupan.

Alhamdulilah bulan julai ini, telah masuk bulan ke-6 MVM memberikan bantuan kepada keluarga Miskin & Asnaf melalui program bantuan “Pure Heart”

Istimewa untuk bulan Syawal, selain memberikan kotak bantuan asas kepada keluarga asnaf, Volunteer akan bersama-bersama keluarga penerima bantuan meraikan jamuan Hari Raya Aidilfitri.

MAKLUMAT PROGRAM

Tempat : Sekolah Kebangsaan Padang Jawa, Shah Alam
Tarikh : 22 & 23 Julai 2016

Bagi yang ingin menjadi volunteer, anda mestilah hadir pada kedua-dua iaitu hari Jumaat malam & hari Sabtu pagi.

INTINERY RINGKAS PROGRAM

Hari Jumaat 22.7.2016
Masa: 9.00 mlm – 10.00 mlm.
– Volunteer akan bantu packing barang-barang asas ini ke dalam kotak.

Hari Sabtu 23.7.2016
Masa: 8.00 pg – 12.00 tgh
– Volunteer akan bantu mengedarkan barang-barang keperluan asas ini kepada keluarga miskin & asnaf.
– Volunteer akan bantu mengumpulkan data dan maklumat keluarga yang menerima bantuan.

GALERI PUREHEART

Klik link di bawah untuk melihat koleksi gambar dan video sepanjang program Pureheart yang lepas :

Gambar pureheart 1  : bit.ly/PicPureheart1
Video : bit.ly/VidPureheart1
Gambar pureheart 2 : bit.ly/GaleriPHMac2016
Gambar pureheart 3: bit.ly/PicPureHeart3

PENTING!!

Sila pastikan anda sudah berdaftar di www.mvm.org.my

Anda juga boleh klik “Interested” / “Join” di event yang telah kami buat di sini eventmvm 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.