Qubra Frozen Food Pertaruhan Hidup Puan Hadheejatul

Qubra Frozen Food Pertaruhan Hidup Puan Hadheejatul

Bagi yang mengikuti program-program MVM sebelum ini, pasti masih mengingati program Di Sebalik Pintu. Program ini adalah membantu mentransformasikan rumah keluarga asnaf yang terpilih dan kami juga membantu mempromosikan perniagaan mereka.

Di Sebalik Pintu 3.0 telah membantu Pn Hadheejatul Kubra binti Salmin Baris. Pn Hadheejatul Qubra merupakan seorang ibu tunggal yang menjaga 2 orang anak iaitu Jannatul Firdaus(18) & Luqmanul Hakeem(12). Lebih menyedihkan lagi, anak sulung beliau merupakan Orang Kurang Upaya (OKU).

Ibu tunggal yg terpilih ini hanya berpendapatan sebanyak RM350 sebulan dan menyara dua orang anaknya selepas berpisah dengan bekas suaminya pada tahun 2015. Puan Hadheejatul kini sudah mula menjalankan perniagaan bagi meningkatkan taraf ekonomi keluarga beliau dengan menjual pelbagai produk berasaskan makanan sejuk beku dari rumahnya sendiri.

Selain itu, beliau juga sering dijangkiti penyakit sehingga mengehadkan pergerakan beliau. Disebabkan situasi yang tidak mengizinkan ini, agak mencabar untuk beliau meneruskan perniagaan beliau, iaitu produk sejuk beku Qubra bersendirian. 

Kini, dengan usaha dan bantuan MVM, perniagaan Qubra terus mengatur langkah untuk berkembang lebih jauh. Produk sejuk beku berjenama QUBRA yang beliau jual kebanyakkannya merupakan ramuan khas yang bermula dari harga RM5 ringgit sahaja bergantung pada saiz & jenis makanan yang anda ingin beli.

Menu Yang Disediakan : 

1) Daging Jeruk

2) Asam Pedas Ikan Tongkol

3) Asam Pedas Daging

4) Asam Pedas Ikan Pari

5) Asam Rebus

6) Kuah Asam Pedas

7) Daging Kicap

8) Rendang Ikan Tongkol

9) Kari Ikan

Pihak MVM sendiri pernah dijamu oleh beliau menu tersebut dan kami sendiri berpuas hati dengan rasa dan kelazatannya. Kami mahu mengajak anda bersama untuk merasai kelazatannya sambil membantu ekonomi keluarga asnaf ini.

Bagaimana Anda Boleh Bantu ? 

Anda boleh bantu beli dan cuba rasa produk frozen jenama QUBRA ini dgn menghubungi beliau sendiri di no 016.630. 7322 atau boleh juga terus ke alamat rumah beliau di:

>> GG-4-16, Jalan Puchong Utama 6, Taman Puchong Utama, 47140 Puchong, Selangor
>> No. telefon: 016.630. 7322

Boleh baca sini juga untuk lihat artikel tentang aktiviti fasa pertama sebelum ini >> https://mvm.org.my/activity/dsp3

InsyaAllah jika ada ramai rakan atau kenalan anda yang sudi bantu beli, maka akan dapat terkumpul tambahan pendapatan untuk keluarga Pn Hadheejatul ini meningkatkan taraf ekonomi mereka. Segala sokongan anda kami akhirkan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Pihak MVM hanya membantu dari segi hebahan sahaja, tiada apa-apa keuntungan yang diambil dari jualan Puan Hadheejatul.

Anda juga boleh bantu kami “SHARE” artikel ini agar perniagaan beliau dapat disebarkan serta dikongsikan bersama dgn keluarga dan rakan-rakan yg lain.

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.