Selepas 9 Bulan, Ini Yang Berlaku Kepada Penerima Bantuan Asnaf ” Pure Heart ” – MVM

bantuan asnaf mvm

Selepas 9 Bulan, Ini Yang Berlaku Kepada Penerima Bantuan Asnaf ” Pure Heart ” – MVM

Program Pure Heart dibawakan khas oleh MVM untuk memberi sedikit keselesaan kepada keluarga asnaf yang berpendapatan di bawah RM1,000 untuk meneruskan kehidupan harian.

Program Pure Heart MVM 2016 Ditafsirkan Kepada 3 Pembahagian Fasa.

  • Fasa 1 : Bantuan Asas (Setiap Bulan)
  • Fasa 2 : Latihan Perniagaan dan Peluang Pekerjaan
  • Fasa 3 : Pemantauan Ekonomi

Pada awal tercetusnya idea program Pure Heart, matlamatnya adalah untuk membantu keluarga asnaf menambah sumber pendapatan mereka. Dari pemerhatian MVM selama 9 bulan, kami dapat melihat perubahan diri mereka yang kini mejadi lebih bersemangat untuk merubah kehidupan keluarga masing-masing.

Kami bersyukur kerana ramai pihak yang membantu dari segi meningkatkan kerohanian, semangat daya saing dan memberi kata-kata perangsang samada dari penceramah jemputan mahupun sukarelawan-sukarelawan yang hadir membantu.

Kebanyakkan keluarga asnaf terdiri daripada mereka yang cuma bekerja mengambil upah kecil-kecilan di kawasan perumahan Padang Jawa namun majoritinya ramai yang tidak bekerja. Kehidupan mereka ditampung dengan bantuan kewangan dari zakat dan saudara-mara.

MVM sentiasa berusaha untuk memikirkan jalan yang terbaik untuk membantu keluarga asnaf melalui program Pure Heart ini. Objektifnya adalah untuk merubah kehidupan mereka sekeluarga. Walaupun tidak secara keseluruhan namun usaha kecil ini amat memberi makna kepada mereka.

Syukur alhamdulillah, pada bulan September yang lepas program Pure Heart anjuran Muslim Volunteer Malaysia telah memasuki edisi yang kelapan di Fasa 2. Kali ini, MVM telah bekerjasama dengan syarikat QnQ Cleaning Services dengan harapan dapat membantu kehidupan keluarga asnaf ini.

8 Orang Asnaf Yang Berdaftar Dari Program Pure Heart MVM 2016.

 

program bantuan untuk asnaf

Alhamdulillah, pihak QnQ Cleaning Services telah menawarkan peluang pekerjaan sambilan kepada 8 orang asnaf yang berdaftar dari program Pure Heart MVM 2016.

Setiap tempahan perkhidmatan pembersihan dari kawasan Lembah Klang, Putrajaya dan Cyberjaya terutamanya Shah Alam anda akan berpeluang untuk membantu 8 orang dari Keluarga Asnaf ini menambah sumber pendapatan mereka.

Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:

Servis kemas rumah shah alam

QnQ menawarkan perkhidmatan pembersihan luaran serta dalaman untuk rumah, apartment, kondo dan pejabat seperti:

  1. Membersih kipas
  2. Sapu dan mop lantai
  3. Mencuci tandas dan dapur
  4. Lap tingkap dan mengemas
  5. Membuang sampah
  6. Membersih luar kediaman

Untuk maklumat lanjut dan tempahan dengan harga berpatutan boleh hubungi QnQ Cleaning Services dengan memaklumkan yang anda menerima hebahan ini dari laman sosial MVM.

Langkah-langkah untuk anda menggunakan perkhidmatan QnQ Cleaning Services.

  1. Info yang diperlukan: Lokasi | Jenis Rumah atau Pejabat
  2. Tarikh / Hari yang diperlukan
  3. Kod Rujukan : Asnaf Pure Heart MVM
  4. Pangilan Telefon/ Mesej /WhatsApp: 018- 206 5694
  5. Email : qnq.cleaning@gmail.com
  6. Facebook : Qnqcleaning

Ini adalah satu lagi inisiatif di bawah program Pure Heart kelolaan Muslim Volunteer Malaysia. MVM percaya setiap keluarga asnaf mempunyai potensi untuk berjaya dan memberi inspirasi kepada asnaf yang lain untuk sama-sama bangkit membangun dan memperbaiki ekonomi mereka.

Kepada anda yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan mereka boleh menghubungi 018-206 5694 dengan Kod Rujukan : Asnaf Pure Heart MVM

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.