Sertai Kami : Online Marketing Executive

Sertai Kami – Online Marketing Executive

Bermula pada bulan Disember 2014, Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (Muslim Volunteer Malaysia-MVM) adalah sebuah badan bukan kerajaan yang telah didaftarkan dengan misi memberi bantuan dalam bentuk tindakan dan penerangan. Pembangunan sosial secara bersepadu melalui kerjasama dengan masyarakat setempat, rakan kerjasama dan penaja.

Muslim Volunteer Malaysia – MVM membuka peluang kerjaya kepada individu-individu yang berbakat, komited serta berminat untuk membina kerjaya dalam industri kesukarelawanan.

Jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut :

  • Online Marketing Executive

Kriteria :

  1. Pengalaman 1-2 tahun dalam bidang pengiklanan dan pemasaran online.
  2. Mahir mengendalikan pengiklanan di media sosial seperti seperti FB Ads, Instagram Ads dan Google Ads.
  3. Mempunyai kemahiran pemasaran melalui emel dan SMS adalah satu kelebihan.
  4. Mahir membuat copywriting bagi tujuan pengiklanan.
  5. Mahir menggunakan Ms Word dan Ms Excel.

Skop tugasan : 

  1. Bertanggungjawab membangun dan melaksanakan strategi pemasaran dan pengiklanan online pertubuhan.
  2. Bertanggungjawab menjalankan kempen dan iklan di media sosial pertubuhan.
  3. Bertanggungjawab menguruskan dan menganalisis kempen pemasaran e-mel.
  4. Bertanggungjawab memastikan keberkesanan setiap kempen dan iklan pemasaran online yang dijalankan.

Maklumat Lanjut :

Lokasi : No. 12-1, Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor. (Landmark Sebelah IOI Mall Puchong)

Masa Bekerja : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin-Jumaat)

Faedah :

  • Anggaran Gaji : Berdasarkan pengalaman & kelayakan
  • Sijil program dan sijil penghargaan.
  • Bimbingan pelaksanaan gerak kerja program-program berkaitan.
  • Kemudahan makan tengah hari setiap Isnin – Khamis

Bagaimana untuk memohon ?

Sila emailkan resume anda ke hr@mvm.org.my sebelum 16 Mac 2018

Jika terpilih, anda akan dihubungi untuk menghadiri sesi interview nanti.

Untuk sebarang pertanyaan boleh inbox kami di FB : Muslim Volunteer Malaysia

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.