SMTG 8.0 – 35 # VolunteerMVM Diperlukan Segera.

SMTG 8.0 – 35 # VolunteerMVM Diperlukan Segera.

–Social Media: The Gathering dibawakan khas oleh MVM untuk memanjangkan ikatan perhubungan dan meluaskan jaringan ilmu sesama sukarelawan. Intipati program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada sukarelawan mengenai situasi dan senario warna-warni kehidupan.

–Kali ini, sukarelawan akan dibawa untuk menyelami kehidupan orang-orang buta dengan kerjasama Malaysian Foundation of The Blind (MFB).

Pendedahan ini diharap dapat mendekatkan jiwa para sukarelawan dengan rasa bertanggungjawab dan prihatin terhadap mereka yang kurang upaya.

Maklumat aktiviti program adalah seperti berikut :

Terdapat 2 aktiviti yang akan diadakan iaitu Latihan Pengendalian Orang Buta dan Eksplorasi Deria 

Latihan Pengendalian Orang Buta

Tarikh : 3 Mac 2018
Lokasi : Pusat Tuisyen Salam, Puchong
Masa : 9.00 am – 1.00 pm

Antara aktiviti yang terlibat :

  • Sukarelawan akan mempelajari cara-cara membantu dan mengendali orang buta serta mengetahui lebih mendalam tentang kehidupan orang buta.

Ekplorasi Deria

Tarikh : 10 Mac 2018
Lokasi : Farm In The City, Seri Kembangan
Masa : 8.30 am – 2.00 pm

Antara aktiviti yang terlibat :

  • Sukarelawan membantu mengendalikan orang buta untuk eksplorasi alam flora dan fauna
  • Sukarelawan memberikan informasi yang tepat untuk orang buta tentang kehidupan flora dan fauna

Pendaftaran #VolunteerMVM :

Jika anda berminat untuk sertai program ini sebagai sukarelawan, anda boleh whatsApp “Saya (nama) Nak Sertai SMTG 8.0” kepada Saudara Hasif – 013 8343 012 sekarang.

PENTING ! 

Pendaftaran hanya dibuka kepada 35 orang #VolunteerMVM yang berdaftar secara rasmi dengan MVM sahaja.
Anda diwajibkan untuk hadir pada kedua-dua tarikh program tersebut.

Tarikh tutup pendaftaran : 2 Mac 2018 atau setelah kuota mencukupi.

Jumpa anda nanti di program SMTG 8.0 – Celik Hati !

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.