Unit Salam MVM : Aduan Asnaf

Memperkenalkan Unit Salam MVM

Sepanjang penubuhan Muslim Volunteer Malaysia dalam dunia kebajikan dan kesukarelawanan pada 2014, kami telah menerima pelbagai maklum balas yang positif dari orang ramai. Dari semasa ke semasa, kami juga menerima banyak laporan dan permohonan bantuan berkenaan keluarga B40 yang berada diluar kawasan kami (Selangor & KL) dan terpencil.

Kami melancarkan satu unit tindakan khas yang dikenali sebagai Unit Salam MVM.

Peranan Unit Salam MVM

Unit Salam MVM ditubuhkan bagi membuka ruang atau saluran khas kepada orang awam atau keluarga yang memerlukan untuk berkongsi maklumat serta laporan mengenai bantuan yang ingin dimohon.

Daripada laporan yang diterima, Unit Salam MVM akan turun padang untuk menemuramah dan mengumpul lebih banyak maklumat daripada pelapor dan/atau keluarga yang memerlukan bantuan. Bantuan yang diberikan akan disusun dan dirancang agar bersesuaian dengan keperluan sesebuah keluarga tersebut.

Antara jenis bantuan adalah bantuan perubatan, bantuan pendidikan, bantuan utiliti, dan bantuan yang bersesuaian.

Saluran Laporan / Permohonan Bantuan :

Unit Salam MVM menyediakan 3 saluran untuk membuat laporan atau permohonan bantuan seperti berikut:

Kami berharap dengan adanya Unit Salam MVM ini, ia dapat membuka ruang dan peluang kepada keluarga asnaf yang sangat memerlukan dan berkelayakan untuk menerima bantuan ini mendapatkan bantuan mereka sebaiknya. Ia juga memudahkan lagi kami mendapat maklumat berkenaan keluarga asnaf yang berada diluar pengetahuan kami.

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.