Undian Anugerah Sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia 2017

Undian Anugerah Sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia 2017

Bersempena dengan majlis Volunteer Appreciation Awards 2017, kami MVM akan memberi anugerah kepada sukarelawan MVM yang komited dalam menjayakan program-program Muslim Volunteer Malaysia sepanjang tahun 2017 ini. Ia adalah satu tanda penghargaan kami terhadap mereka yang sentiasa menyokong MVM.

In sha Allah 12 kategori anugerah akan diberikan di mana 6 kategori akan dipertandingkan dan 6 lagi adalah anugerah khas.

6 Kategori Anugerah Yang Bertanding adalah seperti berikut :

  • Anugerah Jasa Bakti

Anugerah ini  diberikan kepada sukarelawan yang komited dan telah lama menyumbang tenaga bagi program-program MVM

  • Anugerah Inspirasi

Anugerah ini diberikan kepada sukarelawan yang banyak memberi inspirasi kepada sukarelawan lain untuk terust bergiat aktif dalam program kesukarelawanan serta mempunyai kisah yang mamou memberi inspirasi dalam dunia kesukarelawanan

  • Anugerah Di Sebalik Tabir

Anugerah ini diberikan kepada sukarelawan yang banyak menyumbang bakti dalam perangkaan dan pengurusan bagi pelaksanaan program-program yang dikendalikan MVM

  • Anugerah Perintis

Anugerah ini diberikan kepada sukarelawan yang baru bergiat aktif dengan program-program MVM dan mempunyai potensi untuk terus menyumbang kepada program-program MVM

  • Anugerah Persona Wanita

Anugerah ini diberikan kepada sukarelawan wanita yang banyak memberi sumbangan dan komitmen berterusan terhadap program-program dibawah kendalian MVM

  • Anugerah Persona Lelaki

Anugerah ini diberikan kepada sukarelawan lelaki yang banyak memberi sumbangan dan komitmen berterusan terhadap program-program dibawah kendalian MVM

Cara Undian :

  • Pilih calon anda untuk mengundi

Terma & Syarat :

  • Anda boleh mengundi kesemua kategori anugerah
  • Anda hanya boleh mengundi 1 calon sahaja untuk satu kategori
  • Anda boleh mengundi sebanyak 1 kali untuk setiap 1 jam
  • Pemenang  akan dinilai berdasarkan 40% undian dan 60% penilaian pihak pengurusan MVM

Jom undi calon pilihan anda sekarang !

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.