Pendaftaran Volunteer Haji Cilik 2016

Pendaftaran Volunteer Haji Cilik 2016

haji cilik pertim

Program Simulasi Haji Cilik merupakan satu modul pembelajaran yang dinamakan Program Simulasi Haji Cilik. Proses haji yang disusun di dalam simulasi ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada kanak-kanak pada awal usia.

Program ini dianjurkan oleh Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) dengan kerjasama Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Fitrah Guidance & Consultancy dan Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.

Peringkat awal kanak-kanak adalah masa yang amat sesuai untuk mendidik dan memberikan kesedaran kepada kanak-kanak tentang sesuatu perkara kerana 48% kehidupan manusia mencapai proses paling kritikal pada umur 4 hingga 6 tahun.

Screenshot (127)

Pengalaman yang dilalui semasa program ini akan menjadi satu titik tolak kepada mereka untuk mengalami detik-detik menjadi seorang bakal haji pada awal usia.Ianya pasti memberikan satu kenangan indah yang tidak mungkin dilupakan seumur mereka.

Program ini akan melibatkan sebanyak lebih kurang 40 buah tadika di bawah PERTIM dan mensasarkan penglibatan seramai 4000 kanak-kanak tadika di seluruh Malaysia.

Untuk program “Haji Cilik 2016” Muslim Volunteer Malaysia adalah sebagai Rakan NGO yang akan membantu menyediakan 250 orang sukarelawan atau dipanggil Mutawwif untuk mengiringi kanak-kanak tersebut.

Dibawah ini merupakan video Program Simulasi Haji Cilik yang lepas.

VIDEO PROGAM HAJI CILIK 2015

Selain video program, anda juga boleh baca artikel laporan program Haji Cilik 2015, yang telah disediakan oleh thevocket di sini

KRITERIA SUKARELAWAN

Screenshot (128)

 

MAKLUMAT PROGRAM SIMULASI  HAJI CILIK “SI CILIK CERDIK HAJI”

Tempat : Masjid Negeri Shah Alam
Tarikh : 7 September 2016
Hari : Rabu
Masa : 09.00 AM – 05.00 PM
Anjuran : PERTIM dengan kerjasama MVM

PENDAFTARAN

Program ini hanya dibuka kepada peserta yang  berumur 18 tahun ke atas.

Jumlah penyertaan : 250 orang

Yuran  penyertaan : RM20 (termasuk makan, minum & sijil program)

LANGKAH-LANGKAH PENDAFTARAN & PEMBAYARAN

 

Semua penyertaan hanya akan disahkan selepas volunteer mengikuti langkah-langkah dibawah:

1. Membuat pembayaran yuran RM20 ke atas nama akaun: Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia

Akaun Maybank : 5648-0164-7699
Akaun Cimb : 8602-5378-07

2. Lampirkan bukti pembayaran & emelkan kepada urusetia MVM “hajicilik.mvm@gmail.com“dengan format email berikut:

Nama Penuh: *huruf besar
No Kad Pengenalan:
Email:
No Telefon: *yang boleh whatsApp

3. Jika anda mendaftar untuk rakan anda, sila berikan butiran maklumat kawan anda seperti diatas.

4. Tulis nama penuh dengan huruf besar & tulis no kad pengenalan tanpa sengkang.

5. Volunteer yang telah membuat pembayaran yuran untuk program “Haji Cilik 2016” akan menerima panggilan & emel pengesahan pendaftaran sebagai volunteer di dalam tempoh 1-3 hari selepas pembayaran yuran dibuat. (Panggilan akan dibuat pada waktu bekerja).

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran program “Haji Cilik 2016” anda boleh menghubungi no 019-6973577 (MVM) / 03-8074 0434 (PEJABAT) pada waktu bekerja 9 pagi – 6 ptg.  *No ini hanya menerima panggilan sahaja 

Anda juga boleh klik “Interested” / “Join” di event yang telah kami buat di sini

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.