2 Wakil MVM Selamat Pulang Misi Ramadhan Syria Kami Datang 2018

2 Wakil MVM Selamat Pulang Misi Ramadhan Syria Kami Datang 2018

Syria: Misi Ramadhan Syria Kami Datang 2018 berakhir selepas 10 hari wakil Muslim Volunteer Malaysia tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur pada jam 2.45 pm 14.6.2018 tadi.

Kepulangan 2 sukarelawan ini iaitu Presiden MVM saudara Muhammad bin Jantan dan saudara Azmy dari bahagian unit Media dinanti ahli keluarga, warga kerja MVM, sukarelawan MVM dan seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan 2 anak muda ini.

2 wakil MVM ini Alhamdulilah pulang dalam keadaan sihat dan selamat.

Melalui Misi Bantuan Ramadhan Syria Kami Datang 2018 ini Muslim Volunteer Malaysia – MVM telah menghantar RM300,000, dan MVM juga bekerjasama bersama Malaysia Life Line For Syria, Global Peace Mission dalam Kempen Ramadhan Al Habeeb dimana gabungan NGO ini bersama MVM telah mengantar sumbangan RM960,000 menghampiri RM1,000,000

MVM mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyumbang dan yang turut mendoakan bagi misi ini, semua ini tidak akan menjadi kenyataan jika tanpa doa dari rakyat Malaysia.

Muhammad bin Jantan Presiden Muslim Volunteer Malaysia

Azmy unit Media Muslim Volunteer Malaysia

 

 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.