10 Adab Bersedekah Yang Mesti Kita Amalkan

1. Tangan di atas memberi lebih baik daripada tangan di bawah (menerima)

2. Ikhlas dalam bersedekah – wajib mengikhlaskan sedekah hanya kerana Allah dan demi mendapatkan keredhaan-Nya. Sedekah dengan menunjuk-nunjuk dan berbangga diri menyebabkan kerugian di Akhirat kelak

3. Mendahulukan sedekah yang wajib – sebagaimana yang disebut dalam hadis Qudsi yang bermaksud: “…dan tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-ku dengan sesuatu yang lebih Aku sukai daripada apa – apa yang aku telah Aku wajibkan keatasnya..” (Riwaya t Al-Bukhari)

4. Tidak boleh menunda untuk membayar sedekah (zakat) yang wajib tanpa adanya keuzuran

5. Sedekah atau zakat yang dikeluarkan hendaklah dipastikan diberikan kepada mereka yang benar – benar memerlukan seperti orang miskin, anak – anak yatim, janda dan sebagainya.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya zakat hanya untuk orang fakir, miskin, pengurus-pengurus zakat, para mualaf, hamba untuk dimerdekakan, yang berhutang, yang berjuang dijalan Allah dan orang yang bermusafir.” (surah al-Tawbah 9: 60)

6. Bersedekah dengan harta yang halal.

Ia adalah antara sebab sedekah tersebut diterima oleh Allah dan membuahkan hasil yang lebih banyak.

7. Tidak mengungkit – ungkit sedekahnya

Sebagai mana firman Allah “Wahai orang – orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan pahala sedekah mu dengan menyebut-menyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima)..”

(Surah al-Baqarah 2: 264)

8. Wajib keatas pemberi sedekah merenung nikmat Allah S.W.T ke atas dirinya kerana Allah memberikan rezeki yang lebih

9. Mendahulukan sedekah kepada waris terdekat – “Sedekahlah kepada orang miskin (mendapat satu pahala), sedangkan sedekah kepada kaum kerabat mendapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan pahala silaturrahim.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

10. Jangan buruk siku – Tdak harus seseorang mengambil kembali sedekahnya daripada orang yang menerimanya.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Perumpamaan orang yang bersedekah kemudian dia mengambil kembali sedekahnya, seperti anjing yang memuntahkan sesuatu kemudian ia menjilat muntahnya untuk memakannya kembali.” (Riwayat Muslim)

Sumber : http://akuislam.com/blog/mauidzah/mari-bersedekah/

#muslimvolunteermalaysia