Bolehkah Bersedekah kepada Ibubapa ?
Allah berfirman,
يَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنْفِقُونَ قُلْ مَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ خَيْرٍ فَلِلْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ
وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ
“Mereka bertanya tentang apa yang mereka infakkan. Jawablah:
“Apa saja harta yang kamu infakkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapa, saudara mara, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan.”
(QS. Al-Baqarah: 215).
Dari Salman bin Amir radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِنَّ الصَّدَقَةَ عَلَى الْمِسْكِينِ صَدَقَةٌ، وَعَلَى ذِي الرَّحِمِ اثْنَتَانِ صَدَقَةٌ وَصِلَةٌ
“Sedekah untuk orang miskin, nilainya hanya sedekah. Sementara sedekah untuk saudara mara, nilainya dua: sedekah dan
silaturahim.”
(HR. An-Nasai 2582 dan dishahihkan al-Albani).
Ayat dan hadis di atas, menunjukkan dibolehkannya memberikan sedekah untuk orang tua. Malah, ia menjadi keutamaan bagi kita untuk mendahulukan sedekah pada ibubapa dan saudara mara.
Sumber: https://