Bantuan Salam: “Cahaya Pelita Peneman Setia,” – Kak Rosiah

“Cahaya Pelita Peneman Setia,”

Semasa MVM menjalankan Misi Kecemasan Bantuan Pasca Ribut Perlis Oktober lalu, kami berkesempatan menziarahi sebuah rumah yang didiami oleh keluarga asnaf yang hidup dalam kegelapan. Gelapnya mereka adalah kerana kedaifan rumah yang tiada bekalan elektrik.

Inilah kisah seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu kepada 5 orang anak yang tabah menempuh liku-liku kehidupan. Suaminya lumpuh akibat kemalangan yang berlaku di tempat kerja menyebabkan kedua-kedua kaki beliau tidak lagi mampu berdiri dan hanya mampu mengharapkan isteri beliau untuk menguruskan diri.

Jika dahulu Puan Rosiah, tidak berkerja namun disebabkan malang yang tidak berbau yang menimpa suami beliau terpaksa membanting tulang dan berkerja sebagai pengawal keselamatan demi menampung kehidupan mereka sekeluarga.

Pendapatan seisi rumah yang hanya sekitar RM 1200 sahaja sebulan sudah semestinya tidak cukup dan menyebabkan keluarga ini hidup serba kekurangan. Hal ini juga turut menyebabkan beliau tidak mampu untuk membiayai rawatan bernilai hampir RM10,000 untuk memulihkan kedua-dua kaki suami beliau.

Puan Rosiah turut menceritakan kesusahan hidup mereka dan berkongsi rasa sebak apabila menyatakan bahawa sudah 2 tahun mereka hidup dalam kegelapan. Hal ini kerana beliau tidak mampu membayar tunggakan bil elektrik yang terlampau tinggi menyebabkan bekalan elektrik terpaksa dipotong oleh pihak berkenaan.

Atas ihsan jiran, suatu punca eletrik dipinjamkan dari jiran sebelah rumah dan lampu tersebut hanya akan menyala jika jiran tersebut berada di rumah. Selebihnya Puan Rosiah akan menyalakan sumbu pelita untuk menerangi rumah mereka dan membantu sebahagian anak-anak beliau yang masih bersekolah untuk tugasan yang diberikan oleh guru.

Datangnya Bantuan Yang Tidak Disangka

Memandangkan suami Puan Rosiah mengalami masalah tulang kaki yang tidak kuat akibat kemalangan kecil di tempat kerja dulu, pihak Unit Salam MVM bersetuju untuk menyumbangkan sebuah kerusi roda dan sebuah tongkat buat suaminya.

Ini boleh membantu suaminya bergerak dengan lebih mudah ke mana sahaja. Tongkat boleh digunakan sebagai alat sokongan untuk berjalan di dalam rumah, manakala kerusi roda puloa boleh digunakan untuk bergerak di kawasan luar rumah.

Puan Rosiah mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh MVM kepada mereka. Semoga sumbangan yang kecil ini boleh meringankan beban yang ditanggung Puan Rosiah sekeluarga.

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.