Bantuan Salam : Sesak nafas, sesak lagi kehidupan keluarga si OKU ini…

Bantuan Salam: Sesak nafas, sesak lagi kehidupan keluarga si OKU ini…

Kemalangan jalanraya secara langgar lari pada 2014 dulu hampir meragut nyawanya. Amer Ashraf, 26, bapa kepada dua orang anak kecil iaitu Raudhatul Mariah dan Ukhail Rasyad mengalami masalah saraf otak, rentetan daripada tragedi ngeri itu. Sebahagian tengkorak di dahinya pecah, sebanyak tujuh kali pembedahan dibuat bagi memastikan keadaan kepalanya kembali stabil. Sebulan selepas koma, dia berjaya sedarkan diri dan mulakan hidup baru sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU).

Rawatan susulan kali terakhir dijalaninya ialah pada 2015 di KPJ Damansara akibat ketiadaan wang yang mencukupi untuk menampung kos perubatan. Keretanya sudah dijual bagi meneruskan hidup bersama keluarga. Berbekalkan motosikal, itulah kenderaan utama keluarganya untuk urusan setiap hari. Itupun dia tidak boleh bergerak jauh memandangkan kondisi mata kanannya yang buta serta saraf otak yang tidak stabil boleh menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Sementara itu isterinya, Puan Ainaa, 23, seorang penghidap athma kronik sejak kecil, kini menyara kewangan keluarga dengan menjual baju secara dropship. Komisyen yang diterimanya sekitar RM 50 seminggu. Manakala Amer Ashraf, bekas pelajar bidang senibina di Politeknik Port Dickson, walaupun buta sebelah matanya, namun masih mampu mencari rezeki dengan melukis pelan bangunan secara freelance. Pendapatannya tidak menentu, bergantung pada permintaan. Atas faktor kekurangan daya fizikal, beliau hanya mampu mengambil projek lukisan secara kecil-kecilan.

Rumah yang mereka duduki sekarang ialah ihsan daripada kawan cik Ainaa. Sebelum ini, mereka telah ditaja oleh seseorang untuk menjalankan perniagaan pisang goreng berdekatan rumahnya. Namun akibat penyakit athma yang sering menyerang, ditambah pula perlu membawa kedua-dua anak kecilnya dan suami OKU ke gerai, dia tidak mampu untuk teruskan perniagaan kerana perlu menumpukan sepenuhnya pada penjagaan anak kecil dan kesihatan diri serta suaminya.

Pernah memohon bantuan zakat dan sara hidup JKM namun tergendala kerana tiada laporan kesihatan. Disebabkan kali terakhir menjalani rawatan pada Mei 2015, laporan kesihatan milik Amer Ashraf perlu dirujuk semula di KPJ Damansara. Ia agak rumit kerana rekod itu sudah lama. Tambahan pula mereka tiada pengangkutan dan wang yang mencukupi untuk meneruskan pengurusan proses laporan kesihatan itu.

Kata cik Ainaa, sebagai alternatif, suaminya boleh terus merujuk kepada doktor pakar yang pernah merawatnya dahulu, iaitu Dato’ Dr. Zurin Adnan Abdul Rahman, pakar neurologi KPJ Damansara bagi menjalani diagnosis penyakit saraf, seterusnya mendapatkan dokumentasi laporan kesihatan untuk diberikan kepada pihak zakat dan JKM demi mendapatkan bantuan selayaknya.

Unit Bantuan Salam MVM menyeru kepada rakyat Malaysia agar sama-sama mendoakan urusan kesihatan dan keluarga cik Aina dipermudahkan Allah S.W.T. Dalam kita merungut tentang masalah kita, sebenarnya ramai lagi insan yang kehidupannya diuji dan lebih susah daripada kita. Maka, sama-samalah kita bersyukur dan ringan hati untuk terus memberi kepada mereka yang memerlukan.

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.