Bantuan Salam: Tolong Lindungi Liza – Antara Hidup Dan Mati

BANTUAN SALAM: TOLONG LINDUNGI LIZA – ANTARA HIDUP DAN MATI

Oleh: Nur Adnin Abdul Razak, Unit Salam MVM

Awal pagi, sudah bersiap untuk ke sekolah. Bukan mengajar anak bangsa, namun tenaganya digunakan untuk memotong bunga. Pakcik Jairun berkhidmat sebagai tukang kebun sekolah dari pagi hingga sebelum petang. Awal malamnya pula, dia kembali ke sekolah yang sama untuk bertugas sebagai pengawal keselamatan pula. Begitulah rutin hariannya. Demi anak-anak, dia korbankan rehatnya.

Manakala Kak Fiza, ibu kepada empat orang anak kecil, dia hanyalah seorang suri rumah sepenuh masa. Memandangkan masih ada upaya, dia boleh sahaja mencari sebarang kerja untuk bantu suami kalau dia mahu. Namun, hasrat itu terpaksa dikorbankan kerana di sebalik istilah ‘suri rumah’ itu, ada amanah yang lebih besar untuk dia jaga, iaitu anaknya sendiri.

Kak Fiza bersama anak kecilnya, Nur Roslizawati atau dikenali sebagai Adik Liza.

Nur Roslizawati ataupun dikenali sebagai adik Liza, 3 tahun, merupakan penghidap paru-paru kronik sejak usianya satu tahun enam bulan. Simptomnya bermula dengan demam panas yang mencecah sehingga 40’C. Sepanjang tempoh demam, Adik Liza menunjukkan tingkah laku pelik di mana dia hanya akan tidur sahaja setiap masa tanpa makan dan minum walaupun sudah dikejut berkali-kali.

Waktu demamnya pula ialah pagi dan tengah malam. Demam panasnya yang diselangi dengan sesak nafas berlarutan selama seminggu. Setelah menjalani pemeriksaan di klinik, doktor masih tidak boleh mengesan punca. Akhirnya ibunya Kak Fizah menghantar Liza ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan doktor mengesahkan bahawa dia mengalami paru-paru kronik.

Selain itu, ketika usianya menginjak ke sembilan bulan, simptom terbaru yang Adik Liza alami ialah nafasnya berbunyi. Dan doktor sekali lagi mengesahkan bahawa dia menghidap athma kronik. Disebabkan itu, Adik Liza perlu bergantung dengan mesin oksigen pinjaman hospital setiap masa. Selain itu, saluran pernafasan yang sempit menyebabkan dia hanya boleh meminum susu melalui feeding tube yang dimasukkan ke rongga hidung.

Si comel Liza ini pernah menghadapi situasi mencemaskan di mana ketika jam 3 pagi, mesin oksigennya tiba-tiba tidak berfungsi, mengakibatkan badannya mulai kebiru-biruan dan terpaksa dikejarkan ke hospital dalam kadar segera.

Adik Liza memerlukan udara yang bersih. Namun rumahnya agak tertutup atas sebab tidak mahu sebarang udara kotor dari luar masuk. Doktor juga berpesan bahawa rumah Adik Liza tidak boleh kerap dilawati oleh orang luar. Dia amat sensitif dengan udara sekitar dan sentuhan. Hendak memiliki air purifier sendiri, ianya mustahil kerana di luar kemampuan kerana kosnya yang mencecah ribuan ringgit.

Disebabkan faktor kebersihan bagi menjamin kesihatannya, Adik Liza memerlukan sebuah air purifier sendiri, khas digunakan untuk kegunaan di dalam ruang rumahnya.

Selain itu, portable nebulizer diperlukan untuk rawatan athma dalam kadar segera. Bergantung pada inhaler semata-mata tidak cukup kerana serangan athma yang sering dihidapinya adalah di luar jangkaan. Untuk ke hospital, ianya agak sukar kerana ketiadaan kenderaan sendiri, di samping perlu menempah grab dan menempuh perjalanan yang jauh dan sesak.

Adik Liza di samping abang sulungnya, Muhd Rayyan Zakwan.

Hygiene set juga diperlukan bagi kegunaan fizikal isi rumah, bagi menjamin kebersihan agar tidak memberi jangkitan luaran kepada Adik Liza. Selain itu, Adik Liza memerlukan digital thermometer dan pulse oximeter bagi menyukat suhu badan dan kadar oksigen setiap masa.

Ini penting bagi memastikan ibunya sentiasa bersedia untuk tindakan lanjutan jika mendapati suhu badan dan kadar oksigennya tidak stabil. Jika didapati kondisi Adik Liza di paras yang membimbangkan, maka ibunya boleh segera bertindak untuk bersiap sedia ke hospital.

Bagi membantu meringankan beban daripada segi rawatan sampingan dan menjamin kesihatan Adik Liza, pihak MVM bersetuju untuk menyumbang air purifier, portable nebulizer, digital thermometer, pulse oximeter, hygiene set dan barangan keperluan bayi yang lain seperti susu dan pampers.

Bahagian dapur rumah yang ringkas dan bersih. Kami dapati stok susu untuk anak-anak kecil termasuklah Adik Liza sudah sangat berkurangan.

Pakcik Jairun hanya bekerja sebagai tukang kebun sekolah pada waktu siang, dan malamnya dipenuhi dengan bertugas sebagai pengawal keselamatan pula. Sampai begitu sekali dirinya bekerja keras untuk menyara isteri dan anak-anak. Kak Fiza pula perlu menumpukan perhatian penuh kepada anak-anak di rumah, khususnya Adik Liza yang sememangnya perlukan penjagaan rapi.

Jadi dengan ini, MVM akan membuka kempen tajaan barangan perubatan untuk Adik Liza bermula pada 25 Januari (Jumaat) esok. Kami dengan rendah hati menyeru kepada anda semua untuk hulurkan sumbangan semampu yang boleh. Bersama-samalah kita membantu meringankan beban yang ditanggung Adik Liza ini. Adik Liza perlukan perlindungan. Tolong lindungi Adik Liza, boleh?

Anda boleh menyumbang terus ke tabung Bantuan Salam kami di link ini:

“Tolong Lindungi Liza..”

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.