Bantuan Salam: Yang Tua Kita Kasihi, Yang Muda Kita Sayangi

Oleh Imran Abd Moin : 19 July 2019

 

Firman Allah SWT dalam Surah Yunus ayat 57, yang bermaksud:

“Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.”

Tidak dapat dinafikan, terdapat penyakit yang diturunkan tidak mempunyai penawarnya. Bagi orang yang menghidapinya sahaja yang mengerti bagaimana perit dan lelah mereka bertarung menghadapinya.

Setidak-tidaknya, mereka masih dibawah lindungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Penyakit juga adalah salah satu kurniaan olehNya kepada umat manusia sebagai penghapus dosa.

Bagi kempen kali ini, Bantuan Salam MVM ingin menyelami kisah dua insan yang berbeza latar belakang dan kisah hidup.

Mesin Dialisis Talian Hayat Untuk Ramli

Si isteri yang bernama Norhashimin ialah salah seorang wanita terhebat yang pernah penulis jumpa sepanjang menjalankan program Bantuan Salam ini.

Beliau juga yang mempunyai penyakit asma dan tekanan darah rendah ini masih kuat untuk menjaga suaminya yang menghidap komplikasi buah pinggang tahap empat serta menyiapkan makan dan pakaian kepada tiga orang anaknya yang masih bersekolah.

“Mungkin sebab terlalu letih dan stress, bacaan darah pun selalu juga rendah. Rasa pening-pening itu biasa dah,” luah Norhashimin kepada kami.

Norhashimin , seorang isteri dan ibu yang kuat

 

Sudah mencecah lima tahun, Ramli disahkan menghidap penyakit kronik tersebut. Penglihatan beliau kini juga kian pudar akibat kesan daripada penyakit kencing manis yang turut dihidapnya. Beliau kini sudah tidak lagi membanting tulang untuk keluarganya.

Namun Ramli yang berumur 46 tahun itu berkata, beliau tidak mahu terlalu memanjakan dirinya apabila berjalan. Beliau tidak mahu bergantung harap kepada tongkat atau pun daripada ahli keluarganya apabila bergerak di dalam rumah.

“Saya dulu memang seorang workaholic, nak minta cuti pun rasa rugi. Tahu nak cari duit je,” jelas Ramli.

Ramli akur dengan ketentuan hidupnya sekarang

 

Apa yang Mereka Perlukan?

Bagi Ramli, beliau dan isteri bersyukur kerana ada pihak yang sudi meghulurkan tangan dengan memberi sebuah mesin dialisis secara pinjaman kepadanya. Mesin tersebut digunakan secara berkala bagi mencuci darah bagi seorang pesakit komplikasi buah pinggang.

Terima kasih kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) terhadap mesin dialisis tersebut. Kini, Ramli hanya memerlukan barang-barang perubatan tambahan iaitu lampin dewasa, plaster untuk menutup luka serta alatan untuk mencuci luka.

Irfan pula hanya memerlukan sebuah kerusi roda khas untuk kegunaan ke bilik air. Selain itu, dia juga memerlukan lampin dewasa untuk kegunaan seharian.

Semoga dengan apa yang ingin diberikan, sedikit sebanyak dapat menyenangkan hati mereka yang menerima. Moga Allah permudahkan urusan.

 

Jika anda ingin menyumbang kepada insan-insan yang memerlukan, anda boleh hulurkan sumbangan anda di https://donation.mvm.org.my/donations/bantuan-salam-mvm-2019/. Sumbangan anda amatlah dihargai oleh kami, semoga Allah membalas jasa.