Jejak Mahabbah 4.0 – Keluarga Ini Mahu Bangkit Dari Kemiskinan – Fasa 2

Jejak Mahabbah 4.0 Fasa 2

Pada 20 September 2017 ( Selasa ) MVM telah membuat satu lagi lawatan ke rumah penerima sumbangan Jejak Mahabbah 4.0 iaitu Encik Azhar yang terletak di Puchong Indah. Lawatan kali ini adalah bertujuan untuk menemubual Encik Azhar sebagai salah satu usaha untuk membuka tajaan Jejak Mahabbah.

Untuk makluman, Encik Azhar bekerja sebagai pembantu stor dengan gaji bersih RM1500. Sebelum ini isteri Encik Azhar membuka gerai berniaga cendol, mee jawa dan laksa di kawasan rumahnya. Namun disebabkan oleh masalah kesihatan yang dialami isteri Encik Azhar, maka perniagaan itu tidak dapat diteruskan. Oleh kerana itu maka hilanglah pendapatan sampingan Encik Azhar sekeluarga.

Semasa sesi lawatan, kami mendapat 2 buah khemah untuk berniaga masih lagi dalam keadaan utuh, namun kanvas bumbungnya sudah terkoyak. Untuk masa sekarang, Encik Azhar memerlukan bantuan dari sudut modal dan perkakasan perniagaan bagi memulakan semula jualan cendol dan laksa beliau.

Alhamdulillah kesihatan isterinya semakin baik dan wajah isterinya kelihatan lebih berseri berbanding kali pertama kami membuat lawatan ke rumah mereka. Hasrat mereka adalah dengan semangat yang semakin pulih, mereka mahu bangkit untuk meneruskan perniagaan yang pernah mereka usahakan suatu ketika dahulu.

Tonton video penuh sesi temubual Encik Azhar dan isterinya di bawah ini :

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.