Jejak Mahabbah 4.0 – Keluarga Ini Mahu Bangkit Dari Kemiskinan – Fasa 1

Jejak Mahabbah 4.0 – Keluarga Ini Mahu Bangkit Dari Kemiskinan

Pada 7,8 dan 18 Ogos MVM telah menjalankan beberapa siri lawatan ke sebuah rumah keluarga asnaf yang terletak di Puchong. Azhar Yusuf, 45 tahun dan isterinya Nor Azah Nazir 43 tahun tinggal bersama-bersama dengan 5 orang anak mereka yang masih kecil di sebuah rumah flat Puchong Indah.

Sebaik sahaja kaki kami melangkah ke rumah mereka, ada satu perasaan sayu dan sugul terpancar di wajah mereka. Mungkin kerana mereka jarang-jarang menerima kunjungan orang luar untuk bertanya khabar mereka anak beranak. Atau mungkin kepayahan hidup sebelum ini membuat mereka menjadi terlupa untuk ceria.

Mata kami mengitari sekitar ruang rumah kecil itu. Terdapat beberapa barang keperluan asas seperti TV, meja makan dan barang-barang keperluan yang lain. Terdapat juga sebuah mesin pengisar yang disumbangkan oleh pihak zakat namun sudah lama tidak bersentuh kerana beberapa masalah yang dihadapinya.

Memulakan bicara, Azhar Yusur menceritakan bahawa beliau pernah bekerja sebagai pegawai keselamatan dengan gaji RM1000. Dan rezeki selepas dia dapat kerja sebagai penjaga stor dengan gaji RM1500 sebulan. Dengan wang RM1500 beliau menyara hidupnya sekeluarga. Namun disebabkan kos dan juga keperluan anak-anak yang kian bertambah, RM1500 itu sudah semakin kecil nilainya. Dengan kudrat yang ada walaupun isterinya Nor Azah Nazir tidak begitu sihat, mereka bersama-bersama mencari pendapatan sampingan dengan menjual nasi lemak, cendol dan beberapa nasi lemak. Pendapatan yang mereka perolehi hasil jualan ini adalah sekitar RM150 sahaja.

Berkongsi lagi kisah mereka, siapa sangka wajah manis dan tenang isterinya itu sedang menanggung derita apabila 4 bulan lepas isterinya disihir. Disebabkan itu kesihatannya semakin terjejas dan mengganggu kudratnya untuk mencari mata pencarian menampung perbelanjaan keluarga. Walaupun diuji dengan ujian yang tidak disangka, mereka suami isteri masih juga mahu mencari jalan keluar dengan membuat perkhidmatan catering dari rumah. Namun seringkali menemui jalan buntu apabila mendapat tempahan tetapi tiada modal untuk memberi barang-barang memasak. Sayu hati kami apabila ketika kunjungan kami tempoh hari, apa yang tertinggal di dalam poket mereka adalah hanya RM40 sahaja. Tambah parah lagi, sudah 3 bulan mereka tidak mampu untuk membayar sewa rumah dan hanya menunggu masa sahaja untuk dihalau keluar.

Melihat kepada kondisi dan keperluan keluarga ini, kami merasa terpanggil untuk menolong mereka sehabis baik. Azhar dan keluarganya juga berhak untuk hidup bahagia. Nak dikatakan tidak berusaha? Mereka berusaha tetapi mungkin disebabkan kekakangan-kekangan yang dihadapi oleh mereka menyebabkan mereka sukar untuk keluar dari kesusahan.

Alhamdulillah, kes mereka sekeluarga telah kami panjangkan kepada YB Hanim Adun Sri Kembangan. Melalui kunjungan-kunjungan ini juga kami telah menyumbangkan sedikit bantuan asas kepada keluarga Azhar dan menyelesaikan masalah hutang sewa rumah beliau. Insya Allah MVM tidak akan membiarkan mereka melalui ini keseorangan dan kami memutuskan untuk menyerapkan mereka ke dalam program Jejak Mahabbah 4.0. Melalui program ini insya Allah akan banyak lagi bantuan yang dapat kami salurkan terutamanya bantuan ekonomi dan perniagaan untuk mereka keluar dari kepompong kemiskinan.

Doakan keluarga ini semoga terus tabah. Amin!

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.