Daftar/Log Masuk Volunteer MVM »

Lebih 200 Keluarga Asnaf Menerima Pemeriksaan Saringan Kesihatan Percuma pada Pure Heart 3.3


Kemaskini pada Apr 25, 2018 88 Views

Lebih 200 Keluarga Asnaf Menerima Pemeriksaan Saringan Kesihatan Percuma pada Pure Heart 3.3

Syukur kepada Allah swt, pada 20 & 21 April 2018 yang lalu MVM telah menganjurkan program Bantuan Asnaf Pure Heart MVM yang ke-3 bagi sesi 2018 di SK Puchong Perdana. Seramai 220 keluarga asnaf bersama anak-anak mereka diraikan dalam program kali ini. Pure Heart bulan April ini juga telah dijayakan oleh 60 orang #VolunteerMVM yang sangat komited memastikan program berjalan dengan lancar.

20 April 2018 

#VolunteerMVM telah berkumpul di SK Puchong Perdana untuk melakukan kerja-kerja persediaan program. Sesi persediaan bermula dengan taklimat ringkas oleh Saudari Aqilah selaku Ketua Program dan sesi perkenalan bersama #VolunteerMVM.

Selepas itu, proses pembungkusan barangan asas bermula. Antara barangan asas yang diberikan adalah seperti berikut:

  • Beras 5kg
  • Gula 1kg
  • Garam halus
  • Tepung gandum
  • Sos dan rempah ratus
  • Biskut
  • Bihun
  • Serbuk teh
  • Susu pekat

Selain daripada barangan asas, kami juga telah memberi set kelengkapan sekolah seperti beg sekolah, kasut, dan pakaian sekolah kepada anak-anak penerima bantuan untuk sesi ke-3.

Selepas proses pembungkusan, #VolunteerMVM juga bertungkus lumus mengemas dan menyusun atur tempat program berkenana. Sesi persediaan berakhir kira-kira pada jam 12 tengah malam.

21 April 2018

Tepat jam 8.00 pagi, keluarga-keluarga penerima bantuan telah memenuhi perkarangan sekolah untuk pendaftaran dan bersarapan pagi.

Untuk Program Pure Heart kali kedua ini, kami telah bekerjasama dengan KPJ Universiti College bagi Slot Kesihatan. Slot Kesihatan ini terbahagi kepada 2 iaitu ceramah kesihatan dan pemeriksaan saringan kesihatan secara percuma. Ia juga dikendalikan oleh Pegawai Kesihatan dan pelajar-pelajar Perubatan dari KPJ Universiti College.

Kemudian, keluarga penerima bantuan ini telah menerima kotak Pure Heart yang berisi barangan asas dapur dan mereka juga mendapat bekalan ayam segar oleh Haji Butcher. Anak-anak penerima bantuan pula telah menerima set kelengkapan persekolahan yang terdiri daripada kasut sekolah, beg sekolah dan pakaian sekolah.

Program Pure Heart 3.3 ini telah berakhir dengan penyampaian sijil dan sesi bergambar bersama #VolunteerMVM.

Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menghulurkan sumbangan ikhlas, para penaja program Pure Heart dan juga Volunteer MVM yang cukup bersemangat dan komited.

Kami kongsikan gambar-gambar sepanjang program berlangsung :

 

MVM di Facebook

MVM di Twitter


Tinggalkan Komen Anda

Kami Menyokong Transaksi Secara Atas Talian