Mengurangkan Kemiskinan Tanggungjawab Bersama

MENGURANGKAN KEMISKINAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Oleh: Imran Abd Moin

Pembangunan sosial pada hari ini dilihat sebagai suatu keutamaan dalam konteks kesejahteraan rakyat. Hari ini kita dapat lihat masih ramai lagi masyarakat yang hidup dalam kemiskinan.

Setiap ahli masyarakat perlu memainkan peranan penting bagi menanggani isu yang tidak pernah reda ini. Pihak Kerajaan, agensi-agensi kerajaan dan swasta, badan bukan kerajaan (NGO), badan-badan berkanun dan sebagainya perlu sentiasa prihatin.

Melalui sebuah sistem yang telah dibangunkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), mereka sebagai peneraju utama telah menghimpunkan lebih daripada 15 agensi dan jabatan kerajaan serta bukan kerajaan.

Sistem yang diberi nama Sistem MySynergy di bawah Program Sinergi Sosial ini telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 11 November 2019 di Kuala Lumpur.

Melalui ucapan perasmiannya, Program Sinergi Sosial PERKESO ini akan membawa lembaran baru dalam kualiti sistem penyampaian perkhidmatan yang ditawarkan oleh setiap agensi yang memberi manfaat keselamatan sosial di seluruh pelusuk negara.

Majlis perasmian program tersebut turut dihadiri oleh Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran.

Dalam ucapan aluannya, sebanyak 17 rakan strategik terdiri daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan akan bekerjasama dalam mewujudkan ekosistem keselamatan sosial yang holistik dan efektif dalam membantu golongan yang memerlukan.

MVM berdiri seangkatan dengan 16 agensi yang diberi mandat dalam memperkasakan Sistem MySinergy ini. Berkongsi matlamat yang sama iaitu meningkatkan pendapatan dan sedikit sebanyak mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan rakyat khususnya golongan B40.

Lima modul yang ditawarkan melalui program Sinergi Sosial ini ialah kewangan, pendidikan dan latihan, faedah, perlindungan dan wakalah, perubatan dan kesihatan serta pekerjaan dan perniagaan.

Modul-modul tersebut ditawarkan oleh setiap agensi yang terlibat bagi mengklasifikasikan mengikut bantuan yang diperlukan.

MVM memfokuskan tiga daripada lima modul tersebut iaitu faedah, perlindungan dan wakalah, perubatan dan kesihatan serta pekerjaan dan perniagaan. Hal ini kerana MVM sudah melaksanakan tiga modul itu mengikut segmentasi yang sedia ada.

Keupayaan Sistem MySynergy ini akan lebih membuka ruang kepada setiap agensi dalam menyalurkan data prospek seterusnya melihat bantuan yang boleh disalurkan.

Contohnya, jika seorang prospek tersebut bukan seorang yang mencarum melalui PERKESO, individu tersebut akan diberi alternatif untuk diserahkan kepada agensi yang lain termasuk MVM jika mereka layak dibantu.

Harapan MVM dalam menyertai Program Sosial Sinergi selepas ini, setiap golongan yang memerlukan khusnya B40 tidak tercicir dalam menerima manfaat dan bantuan. Selari dengan hasrat Kerajaan dalam mengurangkan kadar kemiskinan di negara yang tercinta ini.

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.