Misi Anak Muda Peduli Rohingya Yang Menyayat Hati – Fasa 1

Misi Anak Muda Peduli Rohingya Yang Menyayat Hati – Fasa 1

Muhammad Bin Jantan, Presiden MVM bersama dengan Musa Nusawayri dari TSDBJ dan Zikri dari Mahar berlepas ke Bangladesh untuk Misi Anak Muda Peduli Rohingnya. Tujuan pemergian 3 orang wira anak muda adalah untuk melihat dan melawat kem pelarian Rohingnya di sana. Misi penghantaran bantuan yang sebenar akan dilakukan pada 9 November hingga 19 November ini.

Destinasi yang dituju pada lawatan pertama ini adalah Cox’s Bazar. Cox’s Bazar terletak 401 KM dari Dhaka. Jika menaiki kapal terbang menaiki kapal terbang dari Dhaka masa yang diambil adalah 55minit. Jika dengan kenderaan darat, masa yang diambil adalah 9 jam 41 minit.

Sejak 2,3 minggu ini nama bandar ini menjadi perbualan hangat di media-media sosial dan juga media massa. Kerana apa? Kerana di situlah terletaknya 2 buah kem yang paling banyak menerima kedatangan pelarian Etnik Rohingya. Kem Balukhali dan Kutupalong menyaksikan beribu-ribu pelarian yang tiba setiap hari melarikan diri dari kekejaman junta Myanmar.

Terlepas Dari ‘Neraka Dunia”

Ketiga-tiga peserta misi kali ini tiba di kem Balukhali MS. Walaupun pelarian di sini pernah melalui satu episod ‘neraka dunia’ di tanah kelahiran mereka, namun mereka masih lagi boleh menguntumkan senyuman. Pandangan ini sangat menyentuh hati dan membuat hati terus saja termuhasabah.

Pandangan pertama yang  terlihat pada kem ini adalah suasana yang sesak dengan keluarga pelarian. Anak-anak kecil di mana-mana. Lumpur dan tanah adalah lantai mereka. Tempat yang mereka panggil rumah dibina dari dahan-dahan kayu dan batang buluh. Dan sehelai kanvas dijadikan bumbung untuk berteduh. Itulah rumah bagi mereka.

Pemandangan yang biasa dilihat di sana kanak-kanak tidak berbaju dan berseluar dan hanya berkaki ayam. Bermain-main di antara mereka. Juga pemandangan yang biasa melihat orang-orang tua yang sudah kering tubuhnya menahan rasa sakit. Dapat dilihat jauh di mata mereka trauma dan seksanya melalui ujian sebegini. Hari-hari yang mereka lalui seperti tiada kepastian apakah masa depan yang bakal mereka lalui.

Berjaya memasuki Bangladesh merupakan satu nikmat bagi mereka walaupun terpaksa tinggal di kawasan yang serba daif. Tiada sumber  air yang sempurna, tiada ubat-ubatan untuk merawat penyakit, namun itu jauh lebih menyamankan dari berada di kampong-kampung mereka yang setiap hari yang menjenguk mereka hanyalah maut.

Nenek Tua Yang Lemah Tubuhnya

Menurut PBB sejak krisis Etnik Rohingnya tercetus, lebih kurang 900,000 telah menjadi pelarian. Dan yang kami lihat di kem ini adalah sebahagian daripada 900,000 itu. Menjadikan isu Rohingnya adalah isu pelarian yang paling membimbangkan abad ini.

Mereka berjalan beratus-ratus batu mengendong anak kecil, ibu  tua yang sakit dan membawa hati yang telah berkecai semangatnya. Semua itu mereka kendong dan bawa merentasi bukit bukau, hutan dan sungai. Ada yang berjaya sampai ada yang kecundang di tengah jalan tanpa sempat melihat sebutir nasi dan setitis air.

Antara pengalaman yang sempat dikongsi Muhammad melalui facebooknya mengenai seorang nenek tua yang sangat uzur keadaannya. Sambil mengesat air mata, sambil itu juga kelihatan tubuh nenek itu sangat lemah duduk terbiar di sebuah khemah. Video perkongsian itu telah mendapat lebih 2,347 share di facebook.

Di dalam entry yang mendapat respon luar biasa dari pelayar internet itu Muhammad menulis :

“Nah tengok sendiri gambar dan video yang saya sendiri amik di kem pelarian Rohingya.

Masih tak nak bantu lagi?

Mereka di sini menunggu kematian sahaja, nak beli ubat tak mampu, nak makan takda duit.

Yang dalam gambar dan video saya kongsikan ni, saya jumpa seorang nenak duduk mencangkung sorang-sorang, dan bila saya tanya kepada Abdullah iaitu orang yang boleh bercakap melayu di sini, kenapa dengan nenek ni?

Abdullah: “Ini tengah sakit, ubat tiada, nak pergi klinik mahal, ini macam menunggu kematian sahaja, takda boleh buat apa”

Masa ni saya rasa nak menangis.

Lihatlah sendiri, seorang nenek, hanya mampu duduk mencangkung, badan dah kurus dan sekarang menunggu masa untuk pergi sahaja.”

10 fakta yang menyakitkan

Ketika dalam perjalanan ke kem pelarian yang menempatkan etnik Rohingnya, tiba-tiba tom-tom yang dinaiki berhenti. Sekumpulan pelarian baru tiba dari Myanmar berkumpul untuk memasuki kem pelarian. Satu pemandangan yang sangat sayu. Boleh membuat setiap mata yang menyaksikannnya menitiskan air jernih.

Sepanjang misi awal ini, melihat dan masuk sendiri ke kawasan kem-kem pelarian di Bangladesh, ada 10 fakta yang sangat menyentuh perasaan Muhammad, Musa dan Zikri.

  1. Majoriti datang dari hujung pendalaman myammar.
  2. Satu hari ini sahaja anggaran 15,000 pelarian baru sampai.
  3. Berjalan selama 10 hari untuk sampai ke sini.
  4.  Selepas 10 hari berjalan semua ditahan selama 3 hari di Anjumanpara.
  5. Mereka ditahan 3 hari untuk kerajaan Bangladesh sediakan tempat di kem.
  6. Pelarian perlu berjalan ratusan kilometer sebelum sampai di sini.
  7. Dari skala 1-10, hampir semua yang datang tidak memakai selipar dan mereka perlu berjalan merentasi hutan, bukit, sungai dan sawah sebelum sampai ke sini.
  8. Majoriti tak makan selama beberapa hari dalam perjalanan kerana tiada makanan.
  9. Dalam keadaan yang serba tiada apa-apa mereka masih boleh tersenyum bila dapat masuk Bangladesh
  10. Pelarian yang baru masuk dibawah kawalan tentera dan diarahkan untuk ke Kem Kutupalong.

Sehingga artikel ini ditulis, tabung kutipan Misi Anak Muda Peduli Rohingnya masih lagi diteruskan. Muhammad akan kembali ke Bangladesh pada 9 November ini bagi menyalurkan bantuan yang telah dikumpul yang diramalkan berjumlah RM150,000

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.