Misi Kemanusiaan Syria – Gabungan Anak Muda

Misi Kemanusiaan Syria – Gabungan Anak Muda

Pada 18 Mac 2017 yang lalu, Muslim Volunteer Malaysia telah menghantar tiga orang sukarelawan bersama dengan dua orang sukarelawan dari Malaysia Life Line for Syria dan seorang sukarelawan lagi dari Tangisan Syria di Bumi Jordan dalam misi kemanusiaan Syria di Jordan dan Lubnan.

Sebanyak RM100,000 telah disumbangkan oleh rakyat Malaysia yang prihatin untuk didermakan kepada pengurusan serta bantuan bagi membantu pelarian Syria di sana. Misi ini merupakan misi penutup bagi bantuan musim sejuk dari tahun 2016.

Pada hari pertama, kami menziarahi Kem Abu Abdullah dan Kem Abu Hussin yang telah bertapak selama 3 tahun di Mafraq, Jordan. Sebanyak 33 buah keluarga telah menerima sumbangan yang berupa tepung, beras, minyak, selain gula-gula untuk kanak-kanak.

Kemudian kami melawat Sekolah KITA yang ditubuhkan oleh Tangisan Syria di Bumi Jordan. Kami mengambil peluang beramah mesra dengan kanak-kanak seramai 120 orang yang berusia dari 4 sehingga 12 tahun. Hari seterusnya kami ke Irbid melawat Sekolah Teaching For The Needs (TFTN). Tujuan utama sekolah ini adalah untuk membanteras buta huruf dalam kalangan kanak-kanak dan memberi mereka merasai dunia kanak-kanak yang sebenar. Antara sumbangan barangan pembelajaran yang diberi adalah pensel warna, buku-buku dan alatan tulis.

Ketika di Lubnan, kami menziarahi beberapa kawasan penempatan pelarian Syria di Gharifah, Daraya, ‘Annut, Mazboud dan Maghoiriyah. Kebanyakan pelarian ini menetap di kawasan ceruk bandar dan menumpang bilik sewa di rumah-rumah besar.

Kami juga berpeluang menyediakan makanan malam dan beramah mesra dengan anak-anak yatim pelarian Syria dalam Majlis Makan Malam bersama mereka di dewan ibu pejabat ACA (The Awareness and Consolation Association) iaitu NGO tempatan yang membawa kami menziarahi keluarga pelarian Syria di Lubnan.

Kami diberi kesempatan untuk bermesra dan mengenali kanak-kanak Syria dengan lebih rapat lagi semasa meluangkan masa di playroom yang ditubuhkan oleh MyCorps dan dirasmikan oleh YB Khairi Jamalludin di Sekolah ACA.

Kami bersyukur dengan membawa sumbangan dari hasil keprihatinan rakyat Malaysia ini berjaya menghadiahkan kegembiraan buat pelarian Syria di samping mereka menyedari bahawa ada saudara Islam mereka di Malaysia yang peduli dan kasih pada mereka.

Berikut merupakan Galeri Foto Sepanjang Misi Kemanusiaan Syria – Gabungan Anak Muda:

*untuk melihat gambar, anda boleh tekan next/prev dibawah.

Terkini – Misi Bantuan Ramadhan “Syria, Kami Datang “

In sha Allah, MVM akan sekali lagi turun padang untuk menghantar bantuan ke Kem Pelarian Syria pada bulan Ramadhan ini. Kami menyasarkan untuk mengumpul dana bantuan sebanyak RM300,000.

Jika anda berminat untuk sertai kami dengan memberi sumabangan ikhlas, boleh klik disini – https://mvm.org.my/misi-bantuan-ramadhan-syria-kami-datang

Semoga sumbangan ikhlas daripada anda mendapat keberkatan daripada Allah swt. dan dipermudahkan segala urusan. Amin.

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.