MVM Kacau Dodol x Pure Heart MVM Edisi Persediaan Raya 2017

MVM Kacau Dodol x Pure Heart MVM Edisi Persediaan Raya 2017.

Tarikh : 16 & 17 June 2017
Tempat : Sk Puchong Utama 1, Puchong, Selangor.
Penceramah Jemputan : Ustaz Fadzli Far East
Penaja Kotak & T-shirt : Trusted & Progressive Market, Sifu Print & Muksinar Properties
Penaja Logistik : TheLorry.com
Penaja Telekung Solat : The Zaahara Telekung
Penaja Ayam Segar : Haji Butcher
Penaja Dodol : Fujifilm Malaysia
Dengan Kerjasama: SK Puchong Utama 1

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Kini sudah selesai semua program MVM sepanjang bulan Ramadhan dengan berakhirnya MVM Kacau Dodol, Pure Heart MVM Edisi Persediaan Raya 2017 dan juga Iftar Pure Heart. Ketiga-tiga program ini berjalan dengan serentak pada 16 dan 17 Jun 2017 yang lepas di SK Puchong Utama 1.

Syukur, seramai hampir 50 sukarelawan telah hadir untuk menjayakan 3 program ini. Kami juga sangat teruja dengan penglibatan keluarga asnaf yang turut sama membantu semasa aktiviti Kacau Dodol MVM berlangsung. Untuk persiapan iftar pula, kami telah dibantu oleh para guru SK Puchong Utama 1. Majlis iftar ini juga telah diserikan lagi dengan kehadiran Ustaz Fadzil Far East. Beliau telah berkongsi sedikit tazkirah tentang akhir Ramadhan bersama keluarga Asnaf yang hadir.

Setelah itu, kami berbuka dengan juadah kuih muih dan kurma terlebih dahulu dan solat Maghrib berjemaah. Selepas solat Maghrib, para hadirin dihidangkan dengan buffet berbuka puasa. Setelah berbuka puasa, para hadirin bersiap sedia untuk solat Isyak dan terawih berjemaah.

Tepat jam 10 malam, para sukarelawan MVM dan juga beberapa keluarga asnaf mengadakan persiapan untuk program Kacau Dodol MVM dan juga Pure Heart. Sukarelawan telah dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Team Dodol, Team Rewang dan Team Pure Heart.

Pada tahun ini, Team dodol sekali lagi dibantu oleh ibu kepada Presiden MVM untuk membuat dodol yang sangat sedap. Suasana yang sangat meriah dan ceria sekali. Para sukarelawan bersungguh-sungguh mengacau dodol selama hampir 5 jam dan membungkus sebanyak 550 pek dodol. Team rewang pula membantu untuk menyiapkan moreh dan juga sahur kepada semua para sukarelawan.

Seterusnya, Team Pure Heart pula bertungkus-lumus untuk membungkus kotak barangan keperluan asas Pure Heart untuk dibahagikan kepada 200 keluarga asnaf Pure Heart. Setelah selesai membungkus barangan ini, mereka juga turut serta membantu Team Dodol dan Team Rewang. Para sukarelawan juga telah disediakan 2 bilik untuk berehat oleh pihak sekolah.

Hampir jam 6 pagi, semua dodol telah siap sedia untuk diedarkan bersama kotak barangan asas Pure Heart. Istimewa kali ini, kami juga telah mendapat tajaan kuih raya, ayam segar dan telekung solat untuk dihadiahkan kepada keluarga asnaf bagi persediaan Raya nanti.

Majlis pengedaran Kotak Pure Heart telah berakhir hampir jam 9 pagi. Syukur kepada Allah swt yang telah melancarkan ketiga-tiga program ini.

Terima kasih kepada penaja-penaja serta insan-insan yang secara langsung dan tidak langsung terbabit dalam menjayakan program pada kali ini.

Sekiranya anda ingin menaja keluarga tersebut dan mengetahui lebih lanjut mengenai program ini, klik di sini.

Berikut merupakan Galeri Foto Sepanjang Program “MVM Kacau Dodol x Pure Heart Edisi Persediaan Raya 2017” :

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.