Pure Heart 3.4 x MVM Kacau Dodol Menggamit Suasana

Oleh Ros Atiqah Fatin Abdullah : 20 June 2018

Pure Heart 3.4 x MVM Kacau Dodol Menggamit Suasana.

Syukur Alhamdulillah, pada 25 – 26 Mei 2018 telah berlangsungnya program Bantuan Asnaf Pure Heart buat kali ke-4 pada bulan Ramadhan. Program ini diadakan bersama dengan program Kacau Dodol MVM dimana ia merupakan kali ke-3 MVM Kacau Dodol diadakan. Program Kacau Dodol MVM ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kakitangan MVM, sukarelawan dan juga keluarga asnaf MVM serta warga sekolah SK Puchong Perdana. Seramai 80 sukarelawan telah bertungkus lumus menjayakan program kali ini.

Pada 25 Mei 2018, selain daripada persediaan barangan asas Pure Heart dan kacau dodol, MVM juga telah menganjurkan iftar bersama keluarga asnaf dan sukarelawan. Ia diikuti dengan solat jemaah dan tarawikh.

#VolunteerMVM telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan pembungkusan barangan asas dan juga kumpulan kacau dodol. Seawal jam 9 malam, para sukarelawan telah membuat persediaan bahan-bahan mentah dan perkakas memasak untuk kacau dodol. Buat kali ke-3, Puan Latifah iaitu ibu kepada Presiden MVM mengetuai proses mengacau dodol menggunakan resipi turun temurun keluarga beliau.

Selepas itu, pada jam 10 malam, proses pembungkusan barangan asas dijalankan. Alhamdulillah, bukan hanya kotak Pure Heart yang telah disumbangkan tetapi juga telekung, dan biskut raya juga turut dihadiahkan kepada keluarga asnaf kali ini.

Sesi mengacau dodol telah bermula pada jam 10 malam sehingga subuh keesokan hari ini. Kira-kira 7 jam proses yang diambil untuk mengacau dodol sehingga masak. Kesemua sukarelawan yang terlibat amat bertenaga dan ceria sekali walaupun hakikatnya, mereka juga kepenatan.

Pada keesokan pagi, 26 Mei 2018, agihan barangan asas Pure Heart, dan hadiah persiapan raya telah diagihkan kepada keluarga penerima bantuan seawal jam 7 pagi. Melihat wajah kegembiraan mereka adalah satu kepuasan buat kami di MVM.

Terima kasih kepada #VolunteerMVM, Warga SK Puchong Perdana, dan Para Penaja yang telah merealisasikan sekali lagi program Pure Heart 3.4 x MVM Kacau dodol

  • Penaja T-Shirt Rasmi : De’Xandra
  • Penaja Kurma : Fatihah Frozen Food
  • Penaja telekung & kain pelikat : The Zaahara Telekung
  • Penaja lain : Chettaki Omey

Terima kasih juga kepada Haji Butcher kerana membekalkan ayam segar kepada keluarga asnaf MVM.

Harapan kami agar lebih ramai rakyat Malaysia dapat membantu dan prihatin terhadap saudara-saudara kita di negara ini yang lebih memerlukan pada masa akan datang. Doakan kami terus kuat semangat untuk melaksanakan program kebajikan ini.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program berlangsung :