Pure Heart 4.8, “Rezeki Untuk Mereka Masih Ada”

Pure Heart 4.8, “Rezeki Untuk Mereka Masih Ada”

Syukur kepada Allah swt, pada Sabtu yang lepas iaitu 21 September 2019, MVM telah menganjurkan program Bantuan Asnaf Pure Heart 4.8, di SK Puchong Indah. Seramai 108 keluarga asnaf telah mendapat bantuan dalam program kali ini. Pure Heart bulan ini juga telah dijayakan oleh 10 orang #VolunteerMVM dan mahasiswa daripada Universiti Malaya iaitu Bravo dan Kelab Sukarelawan 5 demi memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Pure Heart kali ini seperti biasa mereka akan menerima bantuan kotak makanan iaitu barangan asas akan tetapi kali ini Pure Heart hanya memberi kotak barangan asas dan tiada program selingan untuk keluarga asnaf kerana faktor jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan semua.

Persediaan Program Seperti Biasa Bersama Volunteer dan Staff.

Persediaan Program Pure Heart 4.8 dari pagi tersebut oleh staf-staf MVM dimana mereka telah hadir seawal jam 7 pagi demi memastikan peralatan semua lengkap

Seterusnya pada jam 8.00 pagi Volunteer telah ramai yang hadir untuk mendaftarkan diri sebelum melakukan kerja-kerja persediaan program. Mereka telah diberi sedikit taklimat berkaitan aktiviti sepanjang program oleh Saudari Seri selaku Ketua Program.

Kemudian, proses pembungkusan barangan asas bermula. Antara barangan asas yang diberikan adalah seperti berikut:

  • Beras
  • Cordial Sirap
  • Bihun
  • Susu Pekat Manis
  • Serbuk Kunyit
  • Gula pasir
  • Ikan Bilis
  • Cili Kering
  • Bawang Merah
  • Shampoo
  • Sabun Mandi
  • Colgate
  • Bio Zip
  • Berus Gigi
  • Minyak Masak
  • Kicap
  • Sos cili

#VolunteerMVM sangat bertungkus lumus mengemas dan menyusun atur tempat program berkenaan bagi kelancaran majlis berjalan dengan lancar.

Sepanjang aktiviti pembungkusan kotak berlangsung, semua memberikan kerjasama yang sangat mantap dan padu demi perjalanan program untuk keluarga asnaf ini berjalan dengan jayanya.

“Rezeki Masih Ada Buat Mereka”

Pure Heart pada kali ini MVM tetap diadakan di Sekolah Puchong Indah walaupun dalam keadaan cuaca agak teruk iaitu jerebu kuat yang akan berisiko untuk membuat aktiviti diluar.

Kami di MVM berasa sangat perlu untuk meneruskan program bantuan ini kepada asnaf ini walaupun hanya memberikan kotak barangan asas tanpa ada program lain untuk mereka.

Sekurang-kurangnya mereka ada keperluan asas demi memberikan anak-anak kecil mereka makan dan ada juga lah sedikit keperluan dalam cuaca yang agak teruk untuk mencari rezeki.

Alhamdulillah, aktiviti selesai mengikut perancangan. Program Pure Heart 4.8, ini telah berakhir dengan sesi bergambar beramai-ramai bersama #VolunteerMVM.

Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menghulurkan sumbangan ikhlas, volunteer-volunteer daripada MVM dan pelajar-pelajar daripada Universiti Malaya yang boleh dikatakan tersangat dan cukup awesome!

Kami kongsikan gambar-gambar sepanjang program berlangsung :

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.