Pure Heart 6.0 Edisi Raya 2017

Pure Heart 6.0 Edisi Raya 2017.

Tarikh : 21 & 22 Julai 2017
Tempat : Sk Puchong Utama 1, Puchong, Selangor.
Selebriti Jemputan : Dato’ Rafiena
Penaja Kotak & T-shirt : Trusted & Progressive Market, Sifu Print & Muksinar Properties
Penaja Logistik : TheLorry.com
Penaja Duit Raya Asnaf : Dato’ Rafiena
Penaja Barangan Kecantikan : D’Herbs Holdings (M) Sdn. Bhd.
Dengan Kerjasama: SK Puchong Utama 1

Pada 21 & 22 Julai 2017, Jumaat & Sabtu yang minggu lepas, team MVM telah berjaya menganjurkan program Bantuan Asnaf Pure Heart 6.0 Edisi Raya 2017 di SK Puchong Utama 1. Seramai 200 keluarga asnaf telah diraikan dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini.

Tepat jam 8.00 pagi, pendaftaran telah dibuka dan majlis bermula pada jam 9.00 pagi. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Guru Besar dan perasmian program oleh Presiden MVM. Selepas itu, majlis diserikan lagi oleh persembahan nasyid daripada murid-murid sekolah.

Pelbagai juadah makanan telah dihidangkan kepada keluarga asnaf, dan para tetamu jemputan. Antaranya ialah nasi tomato, ayam masak merah, soto ayam, nasi impit dan kuah kacang, lemang serta rendang ayam. Selepas jamuan makan, semua keluarga asnaf telah berkumpul untuk menerima kotak barangan asas Pure Heart. Lebih istimewa lagi, mereka juga menerima Duit Raya hasil tajaan Dato’ Rafiena, pengasas Darkwave Pictures Sdn.Bhd. dan House of Dre.

Selain itu, kami juga amat bersyukur kerana telah menerima tajaan barangan kecantikan daripada D’Herbs Holdings (M) Sdn. Bhd. 200 keluarga asnaf telah menerima “goodies bag” barangan kecantikan D’Herbs. Antaranya adalah Chewable Tablet Susu Kambing, Ratu Henna dan Rosalinda Lipstick – Asmara.

Alhamdulillah, majlis telah berjalan dengan lancar sekali. Jutaan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah memberi sumbangan ikhlas untuk menjayakan program ini. Tanpa sokongan dan sumbangan anda, pasti ia tidak dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

Terima kasih kepada penaja-penaja serta insan-insan yang secara langsung dan tidak langsung terbabit dalam menjayakan program pada kali ini.

Sekiranya anda ingin menaja keluarga asnaf untuk program Pure Heart akan datang dan mengetahui lebih lanjut mengenai program ini, klik di sini.

Berikut merupakan Galeri Foto Sepanjang Program Pure Heart 6.0 Edisi Raya 2017” :

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.