Pure Heart Edisi Ramadhan 2017

Bantuan Keluarga Asnaf “Pure Heart MVM” Edisi Ramadhan 2017.

Tarikh : 19 & 20 Mei 2017
Tempat : Sk Puchong Utama 1, Puchong, Selangor.
Penceramah Jemputan : Ustaz Fadzli Far East
Penaja Kotak & T-shirt : Trusted & Progressive Market, Sifu Print & Muksinar Properties
Penaja Logistik : TheLorry.com
Rakan Usahawan Asnaf : Hijrah Selangor
Dengan Kerjasama: SK Puchong Utama 1

Pure Heart MVM adalah program selama 10 bulan bertujuan untuk memberi bantuan barangan asas & keperluan kepada keluarga yang berpendapatan dibawah RM1,500. Selain itu, MVM turut memberi Bantuan perniagaan kepada keluarga asnaf yang terpilih sepanjang program.

Istimewa pada tahun 2017 ini, MVM juga telah merancang untuk mengadakan bantuan mengerjakan ibadah umrah. Bantuan umrah ini akan diberikan kepada satu pasangan keluarga asnaf yang terpilih.

Syukur kepada Illahi, pada 19 & 20 Mei yang lalu, MVM telah berjaya menganjurkan program kali ke-4 Pure Heart MVM Edisi Ramadhan bagi tahun 2017 di SK Puchong Utama 1. MVM amat bertuah kerana menerima tajaan kotak dan T-shirt daripada Trusted & Progressive Market, Sifu Print & Muksinar Properties untuk program ini sepanjang tahun 2017.

Hampir 30 Volunteer MVM telah bertungkus lumus menyiapkan segala persediaan dan pembungkusan barangan bantuan pada hari Jumaat malam (19 Mei 2017) di ruang terbuka SK Puchong Utama 1. Istimewanya kali ini, semua keluarga asnaf menerima tajaan sejadah dan juga kurma. Proses persediaan telah berjalan dengan lancar sekali. Segala barangan keperluan juga telah tiba lebih awal bagi memudahkan proses pembungkusan pada malam ini. Tahniah kepada semua sukarelawan !

Keesokannya, penerima bantuan dan keluarga mula hadir seawal jam 7.30 pagi untuk pendaftaran. Sarapan pagi disediakan untuk semua keluarga penerima bantuan yang hadir. Tepat jam 9.00 pagi, majlis dimulakan dengan bacaan doa.

Kemudian, Slot Tazkirah Ramadhan bersama penceramah jemputan, Ustaz Fadzli Far East bermula dengan tajuk “Ramadhan’s Warm Up”. Tazkirah ini menyentuh aspek kerohanian dalam mempersiapkan diri kita untuk beramal ibadah di bulan Ramadhan.

Selepas selesai Tazkirah Ramadhan, barangan bantuan diagihkan kepada semua keluarga penerima bantuan. Menariknya Pure Heart Ramadhan kali ini, kami bekerjasama dengan pihak Hijrah Selangor. Hijrah Selangor adalah program mikrokredit perniagaan. Mereka membuka peluang untuk keluarga asnaf memulakan perniagaan dan menyediakan peralatan perniagaan dan pinjaman perniagaan. Alhamdulillah, sambutan yang menggalakan diterima oleh keluarga asnaf yang ingin mengubah hidup lebih baik.

Syukur kepada Allah, program ke-4 Pure Heart MVM 2017 ini berjalan dengan lancar sekali. In sha Allah, program ini akan diteruskan sepanjang tahun 2017 di SK Puchong Utama 1 dengan pelbagai pengisian dan bantuan yang baru.

Doakan kami ya !

Terima kasih kepada penaja-penaja serta insan-insan yang secara langsung dan tidak langsung terbabit dalam menjayakan program Pure Heart pada kali ini.

Sekiranya anda ingin menaja keluarga tersebut dan mengetahui lebih lanjut mengenai program ini, klik di sini.

Berikut merupakan Galeri Foto Sepanjang Program “Pure Heart Edisi Ramadhan 2017” :

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.