Pure Heart Februari 2017

Pure Heart Februari 2017

Tarikh : 24 & 25 Februari 2017
Tempat : Sk Puchong Utama 1, Puchong, Selangor.
Penaja Barangan Sekolah : Nexagate Sdn. Bhd.
Penaja Kotak & T-shirt : Trusted & Progressive Market, Sifu Print & Muksinar Properties
Dengan Kerjasama: SK Puchong Utama 1

Pure Heart MVM adalah program selama 10 bulan bertujuan untuk memberi bantuan barangan asas & keperluan kepada keluarga yang berpendapatan dibawah RM1,500. Selain itu, MVM turut memberi Bantuan perniagaan kepada keluarga asnaf yang terpilih sepanjang program.

Berbeza pada tahun 2017 ini, MVM telah menambah 2 lagi inisiatif bantuan khas kepada anak-anak keluarga asnaf iaitu tajaan kelas tambahan dan juga bantuan keperluan asas persekolahan seperti bag sekolah, botol minuman, dan alat tulis. Lebih istimewa lagi pada tahun 2017 ini, MVM juga telah merancang untuk mengadakan bantuan mengerjakan ibadah umrah. Bantuan umrah ini akan diberikan kepada satu pasangan keluarga asnaf yang terpilih.

Syukur kepada Illahi, pada 24 & 25 Februari yang lalu, MVM telah berjaya menganjurkan program pertama Pure Heart MVM bagi tahun 2017 di SK Puchong Utama 1. Pada kali ini, kami telah menerima tajaan istimewa barangan persekolahan daripada Nexagate Sdn. Bhd dan juga penaja kotak dan T-shirt daripada Trusted & Progressive Market, Sifu Print & Muksinar Properties.

Hampir 40 Volunteer MVM telah bertungkus lumus menyiapkan segala persediaan dan pembungkusan barangan bantuan pada hari Jumaat malam (24 Februari 2017) di ruang terbuka SK Puchong Utama 1. Proses persediaan telah berlarutan sehingga pukul 1.30 pagi kerana terdapat sedikit cabaran teknikal. Alhamdulillah, para sukarelawan sanggup menunggu sehingga lewat malam dan berusaha untuk membantu walaupun kepenatan.

Keesokannya, penerima bantuan dan keluarga mula hadir seawal jam 7.30 pagi untuk pendaftaran. Program ini telah dibahagikan kepada 3 sesi utama iaitu sesi temuramah dan kaji selidik, sesi pengagihan barangan bantuan dan akhir sekali sesi bergambar.

Setiap penerima bantuan diberikan nombor giliran masing-masing untuk mengambil barangan bantuan. Oleh sebab ini adalah program pertama Pure Heart bersama SK Puchong Utama 1 dan penerima bantuan yang baru, sesi temuramah dan kaji selidik bersama keluarga penerima bantuan telah diadakan. Ia bertujuan untuk memudahkan kami merangka jenis-jenis bantuan yang diperlukan oleh keluarga asnaf ini pada masa akan datang.

Majlis Perasmian Pure Heart MVM 2017 telah bermula pada jam 9.00 pagi. Selepas majlis perasmian tamat, para penerima bantuan bergerak ke sesi temuramah dan kaji selidik dan seterusnya ke tempat pengagihan barangan bantuan. Istimewa kali ini, anak-anak penerima bantuan turut menerima tajaan barangan sekolah seperti beg sekolah, botol air dan alatan tulis. Mereka juga telah dihidangkan dengan KFC untuk makan tengahari.

Syukur kepada Allah, program pertama Pure Heart MVM 2017 ini berjalan dengan lancar sekali. In sha Allah, program ini akan diteruskan sepanjang tahun 2017 di SK Puchong Utama 1 dengan pelbagai pengisian dan bantuan yang baru.

Doakan kami ya !

Terima kasih kepada penaja-penaja serta insan-insan yang secara langsung dan tidak langsung terbabit dalam menjayakan program Pure Heart pada kali ini.

Sekiranya anda ingin menaja keluarga tersebut dan mengetahui lebih lanjut mengenai program ini, klik di sini.

*Maaf, gambar sepanjang program masih lagi dalam proses “uploading”. Harap anda semua bersabar ye.. 🙂

Berikut merupakan Galeri Foto Sepanjang Program “Pure Heart Februari 2017” :

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.