(TAHNIAH) Nur Aqiala Juara MVM Apprentice 2017

Oleh Azam Abdullah : 3 November 2017

Tahniah buat Nur Aqiala Binti Razali dinobatkan sebagai juara keseluruhan MVM Apprentice 2017.

Nur Aqiala Binti Razali berumur 26 tahun berasal dari Perak membawa pulang Personal Coaching De’Xandra bernilai RM70,000, wang tunai RM5000, 2 tiket ke Volunteer Appreciation Award, Pendaftaran Volunteer MVM bernilai RM100, trofi, hamper dan sijil penyertaan.

Malam Graduasi MVM Apprentice 2017 dimeriahkan lagi dengan kehadiran Puan Ernayanee Nur iaitu Pengasas De’Xandra selaku penaja utama MVM Apprentice 2017, Tuan Azdi Khairil ( Konsultan Pakar Modal ) selaku Inspirer dan juga pemerhati kepada progres ke semua pelajar Apprentice ini. Juga yang hadir memeriahkan majlis Malam Graduasi MVM Apprentice 2017 adalah Tuan Mohamad Fikri Ramelan ( Sifu Print ) selaku pencetak utama MVM Apprentice 2017.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Puan Ernayanee, Tuan Tuan Azdi Khairil Dul Hayati, Tuan Fikri Ramelan dan juga Tuan Muhammad bin Jantan , Presiden Muslim Volunteer Malaysia.

Anugerah-anugerah yang disampaikan pada Malam Graduasi MVM Apprentice 2017 bernilai RM100,000. Berikut adalah nama-nama pemenang  12 anugerah tersebut.

SENARAI NAMA PEMENANG MVM APPRENTICE 2017

  1. Anugerah MVM Apprentice ( Peserta Terbaik Keseluruhan) : Nur Aqiala Binti Razali
  2. Anugerah Khas De’Xandra : Siti Asma Binti Mod Ali
  3. Anugerah Khas Inpirer : Muhammad Hazwan Bin Mansor
  4. Anugerah Kumpulan Terbaik : Wonderscent Galleries
  5. Anugerah Jualan Tertinggi ( Wanita ) : Siti Hazariah Binti Abdullah
  6. Anugerah Jualan Tertinggi ( Lelaki ) : Izzuddin Shah Bin Nor Azlan
  7. Peserta Terbaik Kumpualan Rizqy Legacy : Azlina Binti Abd Wahab
  8. Peserta Terbaik Kumpuan Wonderscent Galleries : Izzuddin Shah Bin Nor Azlan
  9. Peserta Terbaik Kumpulan Grand X : Siti Asma Binti Mod Ali
  10. Peserta Terbaik Kumpulan Vis Masyuk : Nur Aqiala Binti Razali
  11. Anugerah Khas Purity : Muhammad Razlan Bin Ismail
  12. Anugerah Khas Adore : Noor Juliza Binti Junaidi

Alhamdulillah, dengan kejayaan-kejayaan yang dilakar oleh ke semua peserta MVM Apprentice 2017 merupakan penanda aras baru terhadap program ini. Dengan kerjasama penaja utama iaitu De’Xandra, pemerhati dari Konsultan Pakar Modal dan juga kreativiti Sifu Print, objektif utama program MVM Apprentice 2017 telah mencapai objektifnya. Terima kasih kepada semua penaja dan juga tenaga kerja yang terlibat.