Daftar/Log Masuk Volunteer MVM »

Team Building MVM Apprentice 2017


Kemaskini pada Sep 27, 2017 Views: 392

Team Building MVM Apprentice 2017

Syukur alhamdulillah, pada 12-14 September 2017 yang lalu, program Team Building MVM Apprentice telah diadakan di Excel Training & Country Resort. Seramai 24 orang MVM Apprentice telah menyertai program ini. Team Building ini merupakan aktiviti pertama dalam program MVM Apprentice 2017 yang bertujuan untuk lebih mengenali setiap peserta MVM Apprentice 2017, pembahagian kumpulan syarikat dan meningkatkan motivasi diri.

12 September 2017

24 peserta MVM Apprentice 2017 telah berkumpul seawal jam 11 pagi di Masjid As Salam Puchong Perdana untuk menaiki bas ke Excel Training & Country Resort, Lenggeng, Negeri Sembilan. Mereka turut diiringi oleh pihak MVM iaitu Saudara Izzat, Saudara Yazid dan Saudari Hana selaku ketua program kali ini.

Perjalanan mengambil masa hanya 1 jam dan mereka selamat tiba di destinasi yang dituju tepat jam 12 tengahari. Sebaik sahaja tiba, semua peserta telah mendaftar dan menerima baju rasmi MVM Apprentice 2017 serta kunci bilik masing-masing. Mereka diberi peluang untuk berehat, makan tengahari dan solat Zohor terlebih dahulu sebelum aktiviti pertama dimulakan.

Jam 2.30 petang, semua peserta berkumpul untuk sesi “Ice breaking” yang dikendalikan oleh Saudara Izzat dan Saudara Hasif. Dalam sesi ini, para peserta berpeluang untuk berkongsi kisah menarik tentang diri masing-masing dan berkenalan antara satu sama lain.

Pada sebelah petang pula selepas solat Asar, aktiviti diteruskan dengan permainan Treasure Hunt. Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dan kesemua kumpulan perlu mencari checkpoint menggunakan klu yang diberikan.

Selepas selesai aktiviti sebelah petang, semua peserta balik ke tempat penginapan bagi membuat persiapan solat Maghrib berjemaah di surau. Solat maghrib diimamkan sendiri oleh salah seorang peserta.

Usai solat Maghrib semua peserta dihidangkan dengan tazkirah yang disampaikan Da’i Luqman bertajuk ” Usahawan Beriman.”

Selepas makan malam, peserta bersiap sedia untuk mengikuti LDK 2 iaitu Personality Test. Sesi ini dikendalikan oleh Saudari Faeza. Aktiviti ini sangat menarik kerana di akhir sesi peserta akan dapat mengenal kelebihan diri dengan lebih dekat berdasarkan personaliti masing-masing.

Selesai LDK 2, aktiviti pada malam itu diteruskan dengan LDK 3 yang dikendalikan oleh Syed Zainal. Iaitu membina carta organisasi syarikat, logo dan persembahkan hasil perbincangan mereka.

13 September 2017

Hari ke – 2 Team Building MVM Apprentice diteruskan dengan aktiviti fizikal. Seawal jam 8 pagi semua peserta bersemangat berkumpul di dataran bagi mendengar taklimat untuk memulakan aktiviti yang paling dinanti-nantikan; Jungle Trekking.

Mereka dilepaskan mengikut kumpulan dan diawasi oleh renjer hutan. Kemuncak kepada Jungle Trekking adalah apabila mereka sampai ke lokasi air terjun. Aktiviti mengambil masa 3 jam. Memenatkan tapi berbaloi.

Jam 1.00 tengah hari semua peserta bersiap untuk makan tengah hari dan solat zohor. Tenaga perlu diisi kembali sebelum aktiviti paling mencabar bermula iaitu Obstacle Challenge.

Obstacle Challenge dimulakan jam 2.30 petang. Kesemua peserta diuji ketahanan fizikal dan kerjasama berkumpulan melalui halangan-halangan bertali,berlumpur,dinding dan sebagainya. Selain itu mereka juga mencabar diri dengan melakukan Flying Fox sepanjang 800 meter. Menguji ketahanan tangan dan kaki dengan Water Rafting dan menguji kepantasan dengan Water Game.

Setelah melalui hari yang meletihkan sepanjang hari, semua peserta menghilangkan tekanan dan juga kepenatan dengan aktiviti kebudayaan pada sebelah malam. MVM Got Talent yang dikemudikan oleh MC Nazs memperlihatkan 4 buah kumpulan menunjukkan bakat mereka masing-masing. Ada skestsa, ada dikir barat, ada lucu ada serius. Semuanya mengundang gelak tawa peserta dan urusetia.

14 September 2017

Hari terakhir Team Building dimulai dengan solat Subuh berjemaah. Selepas peserta mengambil sarapan, mereka semua diberi arahan untuk berkumpul di padang bagi menjalakan LDK yang terakhir iaitu Menara Dexandra. LDK ini dikendalikan oleh Saudara Azam. Semua ketua kumpulan dipanggil untuk berkumpul dan menerima arahan dari Saudara Azam. Setelah jelas, ketua kumpulan kembali ke kumpulang masing-masing bagi menerangkan ahli kumpulan tentang permainan yang akan dilakukan.

Aktiviti ini menguji peserta untuk membina sebatang menara yang paling tinggi dan kukuh menggunakan barang-barang yang telah disediakan iaitu paip PVC, tali rafia dan salotape. Pada asalnya mereka diberi masa hanya 1 jam, tetapi berlanjutan sehingga 3 jam.

Setelah penat melakukan aktiviti terakhir itu, semua peserta pulang ke penginapan masing-masing bagi mengemas pakaian dan bersedia untuk majlis penutup di dewan.

Jam 1.00 tengah hari majlis penutup dimulakan dengan ucapan dari Presiden MVM, Muhammad bin Jantan dan diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada setiap kumpulan.

Majlis penutup diakhiri dengan sesi bersalaman dan bergambar beramai-ramai. Dengan tamatnya Team Building ini maka perjalanan mereka yang sebenar selama 3 bulan bersama MVM Apprentice secara rasminya bermula.

 

 

MVM di Facebook

MVM di Twitter


Tinggalkan Komen Anda

Kami Menyokong Transaksi Secara Atas Talian