Volunteer MVM Bantu Penduduk Puchong Utama Court-1 Membasmi Aedes

Volunteer MVM Bantu Penduduk Puchong Utama Court-1 Membasmi Aedes

Alhamdulillah pada minggu lepas iaitu 1 Mei 2019 tim MVM bersama 15 volunteermvm telah dijemput untuk menghadiri program gotong royong di Puchong Utama Court-1 bagi melaksanakan aktiviti membasmi aedes di kawasan tersebut.

Program tersebut dengan kerjasama penduduk kawasan Puchong Utama court 1 dan juga COMBI iaitu “Communication for Behavioural Impact” atau “Komunikasi untuk Perubahan Tingkahlaku”. COMBI diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2001 sebagai salah satu strategi untuk menangani masalah Denggi di Malaysia.

Selain itu juga, program ini juga telah menjemput beberapa anggota iaitu Rela, Bomba dan kami tim MVM bersama untuk bergotong royong membersihkan kawasan-kawasan yang kotor.

Seawal jam 7.30 pagi, telah ramai yang hadir bagi mendaftarkan diri dan juga edaran T-Shirt COMBI –AEDES kepada semua yang hadir dalam program gotong royong tersebut.

Sebelum aktiviti gotong royong dimulakan, semua peserta telah di berikan sedikit taklimat berkenaan maklumat di kawasan pangsapuri tersebut kerana kawasan tersebut telah disyaki mengalami wabak aedes dan ramai penduduk yang terkena wabak ini.

Seterusnya, senamanrobik yang sangat bertenaga dan meriah telah diketuai oleh salah seorang penduduk tersebut. Mereka sangat bersemangat untuk memulakan aktiviti gotong royong. Kemudian, agihan peralatan kepada semua peserta untuk melakukan pembersihan.

Pada jam 9 pagi, gotong royong pun bermula. Kami dan beberapa sukarelawan yang ada telah dipecahkan dalam beberapa kumpulan mengikut blok-blok di kawasan tersebut. Semua telah memberikan kerjasama yang sangat padu dalam membersihkan kawasan-kawasan yang kotor bagi membasmi aedes.

Matlamat program ini adalah sebagai satu langkah kesedaran masyarakat membanteras nyamuk aedes (denggi) selain membantu menyumbang tenaga membersihkan kawasan-kawasan

Pada jam 11 pagi, gotong royong telah tamat dan semua kumpulan telah di arahkan untuk berkumpul semula di bawah khemah yang telah disediakan.

Di dalam program tersebut, bukan sahaja aktiviti gotong royong telah dijalankan malah aktiviti cabutan bertuah juga turut diadakan bagi memeriahkan lagi program tersebut bersama penduduk dan juga sukarelawan yang ada.

Setelah itu, kemuncak program tersebut adalah ucapan perasmian daripada ADUN JKP Zon 15 iaitu YB Dr Mariah Bt Mahmud. Beliau telah memberikan kata-kata motivasi kepada penduduk di sana berkenaan kepentingan kebersihan di sekitar kawasan perumahan dan pangsapuri bagi mengelakkan wabak aedes berleluasa dengan lebih pesat.

Terima kasih kepada #VolunteerMVM yang telah menjayakan Program Gotong Royong Perdana 2 Tamanku Syurgaku. Semoga dengan program yang sebegini dapat memberikan manfaat kepada komuniti masyarakat di taman perumahan tersebut dan secara tidak langsung dapat menjalinkan hubungan kerjasama diantara dua belah pihak iaitu penduduk taman perumahan dan MVM sendiri demi melahirkan masyarakat yang peka dan bertoleransi.

Kami kongsikan gambar-gambar sepanjang program berlangsung :

 

 

.

 

.

 

.

 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.