Jejak Mahabbah MVM 2.0 – Air Mata Puan Norhidah

Air Mata Puan Norhidah – Jejak Mahabbah MVM 2.0

Kehilangan seseorang yang menjadi tulang belakang kita selama ini amatlah perit. Jika dulu, kita ada seseorang yang membantu untuk meneruskan kehidupan tapi kini kita keseorangan. Begitulah nasib yang dialami oleh Puan Norhidah setelah kematian suaminya. Bertambah perit lagi apabila anak perempuan kesayangan beliau juga turut dijemput Illahi kerana demam denggi. Kini, beliau bersendirian mencari rezeki untuk keperluan anak-anak yang masih bersekolah. Untuk ketahui kisah Puan Norhidah, baca di sini.

 

Syukur ke hadrat Illahi pada 14 Januari 2017 (Sabtu) yang lepas, team MVM telah mengadakan lawatan kali ke-2 ke rumah Puan Norhidah. Lawatan kali ini adalah untuk menghantar barangan bantuan perniagaan kuih-muih kepada keluarga ini di mana ia adalah hasil sumbangan orang ramai daripada Kempen Jejak Mahabbah 2.0. Antara barangan bantuan perniagaan yang diberikan adalah mesin pengadun tepung (Mixer) 6kg, tepung gandum, minyak dan juga “shortening”.

Seawal jam 9.00 pagi, team MVM bersama 3 orang #VolunteerMVM telah berkumpul di Masjid Padang Jawa sebelum bertolak bersama-sama ke rumah Puan Norhidah di area berdekatan. Kami telah disambut dengan meriah oleh Puan Norhidah sekeluarga beserta dengan hidangan sarapan pagi. Selepas itu, team MVM bertungkus lumus membawa masuk barangan-barangan bantuan perniagaan dan melakukan demonstrasi penggunaan mesin pengadun tepung.

Seterusnya, #VolunteerMVM berpeluang untuk membantu Puan Norhidah dan merasai sendiri pengalaman membuat karipap. Walaupun ia kelihatan mudah tetapi proses membuat karipap ini juga sangat mencabar terutamanya, proses membuat karipap.

Lebih istimewa pada hari tersebut, team MVM juga telah membawa anak lelaki Puan Norhidah untuk pemeriksaan mata dan membuat cermin mata yang baru. Kami dimaklumkan cermin mata beliau telah patah dan sebelum ini, ia hanya dibeli di pasar malam. Ia menyebabkan mata beliau sakit dan tidak selesa untuk belajar.

Sebelum kami berangkat pulang, kami telah mengadakan sesi fotografi sebagai tanda kenangan buat seluruh keluarga Puan Norhidah. Kami berharap segala bantuan yang dihulurkan membantu meringankan bebanan keluarga Puan Norhidah dan menjadi satu semangat baru untuk beliau terus berusaha untuk menambah pendapatan keluarga.

 

Terima kasih kepada insan-insan yang secara langsung dan tidak langsung terbabit didalam menjayakan program Jejak Mahabbah 2.0 ini.

Berikut merupakan Galeri Foto Sepanjang Program Jejak Mahabbah MVM 2.0:

*untuk melihat gambar, anda boleh tekan next/prev dibawah.

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.