5 Strategi Melangsaikan Hutang dengan Bersedekah
Dah la kita berhutang tapi masih nak sedekah lagi ? Betul ke boleh langsai hutang dengan bersedekah?
Pelik tapi benar.
Kita sebenarnya telah lama disogokkan dengan pemikiran barat di mana semakin banyak kita memberi sesuatu, semakin berkurangan barangan atau simpanan kita. Namun begitu, Islam telah mendidik kita sebaliknya.
Firman Allah swt,
“Apapun harta yang kalian infakkan maka Allah pasti akan menggantikannya, dan Dia adalah sebaik-baik pemberi rezeki“. (Saba : 39)
Terang lagi bersuluh dalam firman Allah ini, rezeki kita akan bertambah dengan lebih banyak memberi wang atau barangan (sedekah) kepada orang yang lebih memerlukan. Oleh itu, tidak mustahil juga jika kita banyak berhutang, sedekah adalah salah satu cara untuk kita melangsaikan hutang dengan segera.
Berikut saya kongsikan 5 Strategi Melangsaikan Hutang dengan Bersedekah:
1) Ubah mindset. Kita perlu ada fikiran yang positif dan yakin serta percaya sebesar mana pun hutang kita, Allah juga yang Maha Besar dan Berkuasa. Allah sentiasa membantu hamba-hambaNya yang dalam kesusahan. Pertolongan Allah itu sangat dekat.
2) Yakin dengan janji Allah di mana setiap kebaikan yang kita buat akan digantikan 10 kali ganda oleh Allah. Contoh formulanya, jika kita berhutang RM100, kita perlu bersedekah RM10. Ini kerana, RM10 x 10 kali ganda = RM100.
3) Namun begitu, jika kita tidak mampu, sedekahlah apa sahaja yang kita ada. Ia tidak semestinya mengikut formula tersebut.
4) Jika kita tiada apa-apa untuk disedekahkan, jual apa sahaja barangan kita yang boleh dijual dan sedekahkan wang itu.
5) Niat dan ikhlas kerana Allah serta usaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan hutang kita.
In sha Allah, amalan bersedekah tidak pernah mengurangkan harta dan wang kita. Malah, ia menjadikan rezeki kita bertambah dan simpanan bekalan harta kita di akhirat nanti.
Sumber : Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki.