Projek #PenaMVM- Aku Seorang Sukarelawan Oleh Farisha Irwayu Binti Abdullah
Hai volunteer,
Insyallah pada hari ini, kami akan kongsikan kepada anda artikel #PenaMVM .Beliau yang merupakan salah seorang volunteer aktif di MVM iaitu Farisha Irwayu Binti Abdullah. Semoga anda mendapat manfaat daripada tulisan beliau. Selamat membaca!
Penulis : Farisha Irwayu Binti Abdullah
Sukarelawan Al-Falah (SAF) YADIM Zon Timur yang terdapat di negeri Terangganu, Kelantan dan Pahang. Kali pertama saya menyertai SAF adalah pada tahun 2016, ketika mana saya tahun 1 di Universiti Sultan Zainal Abidin. Saya mengenali SAF daripada seorang kakak yang bernama Fatirah. Program yang mula-mula saya sertai ialah Street Dakwah yang digelar “Roadshow Dakwah 1.0”. Terlalu banyak kenangan bersama ahli sukarelawan Al-Falah yang saya akan rindukan. “Roadshow Dakwah” yang diajurkan di Teluk Ketapang dan di dataran Shahbandar Kuala Terangganu melibatkan pelbagai lapisan usia. Kami sukarelawan tidak lah ramai tapi kami cukup untuk mengerakkan SAF ke sana ke mari. Tenaga kerja yang kami ada sudah cukup mengembirakan kami. Kebiasaan saya dan ahli sukarelawan yang lain lakukan adalah mengedar flyers dakwah serta mengadakan kuiz buat masyarakat yang hadir ke situ.
Lupa saya nak beritahu kami sukarelawan tidak lah diberi ganjaran atau habuan dunia berbentuk wang. Cukup lah sekadar makanan disediakan buat kami. Jom, sambung kembali moment yang terindah di dalam dunia sukarelawan ini. Moment di mana ustaz Nasrul Hadi mencari siapa ahli sukarelawan yang boleh bersajak. Tanpa berfikir panjang saya terus merelakan diri. Dua hari je rasanya berlatih untuk bersajak. Dan saya yang menulis sendiri sajak yang penuh puitis itu. Sajak itu akan dibaca ketika “Roadshow Dakwah” yang akan diadakan di dataran Shahbandar, Kuala Terangganu. Debaran kian menanti, membaca sajak di hadapan khayalak ramai. Tetapi demi SAF, ku gagahi dan yakin kan diri bahawa yang diri ini mampu. Sajak itu dibaca dengan penuh perasaan dan adalah salah satu cara teknik untuk menarik masyarakat hadir ke tempat itu.
Antara moment yang paling saya ingat sehingga sekarang “ moment ke Dungun”. Pada hari kejadian adalah musim peperiksaan bagi ahli sukarelawan. Jadi untuk mencari dan memerlukan khidmat sukarelawan agak sukar. Saya juga memikirkan bahawa yang saya masih dalam peperiksaan akhir. Tetapi saya ada gap sehari kosong. Maka saya boleh membantu. Dan saya tahu banyak lagi yang saya belum ulangkaji. Untuk kertas yang seterusnya adalah subjek Dakwah Islamiyyah. Subjek yang perlu kepada pemahaman dan penghafalan.
Saya termenung jauh, kalau tiada sesiapa yang membantu siapa lagi yang akan pergi. Saya berbincang dengan abang Syamsul (Orang kuat SAF) yang saya akan sedia berkhidmat. Tidak mengapa lah jika saya seorang sahaja ahli termuda mengikuti. Ke Dungun daripada Gong Badak agak jauh juga. Pada mulanya abang Syam agak risau sebab saya masih dalam fatrah imtihan. Dan dia meminta saya membawa buku agar mudah untuk mengulangkaji nanti. Ye sudah menjadi kebiasaan saya jika ke mana-mana saya akan membawa buku. Dan saya berpegang kepada firman Allah yang bermaksud “Jika kamu membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantu meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad:7)
Kami bertolak ke Dungun selepas selesai menunaikan solat subuh. Program ini sehari suntuk sehingga malam. Antara aktivitinya adalah mengedarkan sumbangan ke rumah yang memerlukan, membersihkan masjid dan perkuburan, ceramah yang disampaikan oleh pensyarah saya sendiri. Pada waktu pagi saya dan team SAF membersihkan masjid yang berada di tepi jalan besar. Masjid itu nampak jarang digunakan. Kelihatan kekotoran yang ada di dalam dan luarnya. Keseronokan yang zahir terpancar di muka para sukarelawan. Kerana kesemuanya minat dan tak pernah sekali ada suara yang mengatakan penat dalam membantu ummah.
Indah kalam hikmah ini “biar berpenat-penat di dunia-Nya, berehat lah sepuas-puasnya di syurga-Nya kelak”. Daripada kalam ini, apa yang saya nampak pada team SAF, mereka tidak berputus asa untuk menyelesaikan masalah yang ada, sentiasa positif, istiqomah dalam membantu agama Allah, sanggup berkorban masa dan tenaga untuk ummah. Pada petang berikutnya, aktiviti konvoi dalam misi menghulurkan bantuan dari segi keperluan makanan kepada insan yang terpilih. Saya satu-satunya ahli termuda yang mengikuti dalam misi itu. Dalam misi itu, sayu hati saya melihat mereka yang hidupnya susah. Ada yang menghidapi sakit strok, ada yang tinggal seorang, ada yang rumahnya tidak lah seindah mana dan tangunggan ramai. Dalam keadaan sebegini lahirlah rasa syukur dalam diri ini kerana diberikan peluang menyertai misi dan menjadi sukarelawan. Teringat ketika mana di sana, pakcik dan makcik yang biasanya jarang menyertai misi ini, apabila mengikuti kami, mereka terlalu seronok dan “excited” mencuba pakaian vast SAF. Siap berselfie dan mahukan pakaian itu. Tersenyum saya melihat ragam mereka.
Masjid yang tersergam indah dengan alunan suara ngaji. Di situlah kami mengadakan program ceramah. Selepas sahaja solat isya’ berlangsunglah ceramah yang disampaikan oleh pensyarah UniSZA yang sememangnya pakar dan dikenali ramai. Di kesempatan itu, saya sempat mengulang kaji pelajaran walaupun sedikit. Dan saya berdoa saya mampu menjawab subjek tersebut dan memperoleh kejayaan. Seusai selesai kesemua program kami mengemas dan nampaknya ada hamper yang masih berlebihan. Maka abang Syam dan juga kak Lina membahagikannya kepada kami. Dan abang Ikram ada memberi duit padaku sebagai duit belanja katanya. Benarlah jika kita yakin dan ikhlas dalam membantu agama-Nya maka kita akan dibantu oleh-Nya. Walaupun bukan lah wang kita sumbangkan, asalkan tenaga dan kudrat yang ada ini kita gunakan untuk memberi khidmat kepada ummah yang memerlukan. Dan Alhamdulillah sedikit perkongsian ketika hari peperiksaan subjek Dakwah Islamiyyah, saya dapat menjawabnya dengan baik. Berkat membantu agama Allah dan letakkan keyakinan kepada-Nya. Serta usaha juga perlu. Bak kata abang Syam, baca sikit saat kita sedang berkorban masa untuk ummah lagi mudah kita mengingat serta diberi kefahaman. Kepada sahabat yang takut-takut nak sertai dunia sukarelawan atas sebab takut duit habis atau pun masa akan berkurangan. Yakinlah semua orang diberikan 24 jam dan rezeki Allah itu ada di mana-mana sahaja. Kita usaha dan merancang tetapi Allah sebaik-baik perancang dan menentukan segalanya.