Bantuan Salam: Doakan Liza Selamat!

Oleh: Nur Adnin Abdul Razak, Unit Salam MVM

“Harapan akak, nak tengok Liza bebas daripada (menggunakan) mesin oksigen, itu pun dah cukup,”

Norfaizzah Lamin, 30, menyuarakan suara hatinya sejurus ditanya mengenai harapan terbesar untuk masa depan anaknya.

“Kalau boleh akak nak tengok dia membesar dengan normal, bebas bermain dengan abang-abangnya seperti kanak-kanak lain,”

Nur Roslizawati atau dikenali sebagai Adik Liza, 3, pernah menghadapi detik cemas apabila mengalami demam panas sehingga mencecah sehingga 40°C diselangi sesak nafas yang berlarutan selama seminggu.

Sepanjang tempoh demam, Liza hanya akan tidur setiap masa tanpa makan dan minum.

Akibat panik dengan keadaan tersebut, Norfaizzah membawa Liza ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan doktor mengesahkan bahawa dia menghidapi sakit paru-paru kronik.

Sesi pembacaan Memo Persetujuan dan tandatangan perjanjian antara MVM dan keluarga penerima bantuan.

 

MVM MENGATUR LANGKAH

Muslim Volunteer Malaysia (MVM) melalui Unit Salam mengambil langkah segera dengan membuka kempen tajaan Bantuan Salam 2.1  pada 25 Januari lalu.

Kempen tersebut menyasarkan kutipan sebanyak RM 3,740 dan berjaya terkumpul penuh dalam masa tujuh hari.

Mesin air purifier yang disumbangkan kepada Adik Liza.

Mengambil kira faktor kebersihan persekitaran dan udara di kawasan rumah, MVM bersetuju menyumbang sebuah mesin air purifier berjenama SHARP bagi menjamin pengudaraan di dalam rumah sentiasa selamat serta bersih.

Hygiene set disumbangkan untuk kegunaan fizikal isi rumah agar tidak mendatangkan sebarang infeksi pada tubuh Liza, merangkumi set mandian anti-kuman khas untuk kanak-kanak, set mandian  isi rumah, hand sanitizer, baby wipes dan disinfectant spray.

Antara barangan hygiene set yang disumbangkan.

MVM turut memberikan Liza stok infant feeding tube bersaiz 10 sebanyak 200 tiub dan boleh dijadikan stok bagi satu tempoh yang panjang, tanpa perlu bersusah-payah lagi untuk mendapatkannya di hospital atau membelinya di farmasi luar.

200 tiub yang dipekkan secara ‘bundle’ dalam kotak.

Manakala compressor nebulizer pula diberikan untuk kegunaan kecemasan sekiranya Liza terkena serangan athma secara mengejut tanpa bersusah-payah berkejar ke klinik hingga terpaksa menempah Grab untuk mendapatkan rawatan.

Compressor nebulizer ini sangat berguna untuk Adik Liza sekiranya diserang athma secara mengejut.

Selain itu, digital thermometer dan pulse oximeter juga disumbangkan untuk menyukat suhu badan dan kadar oksigen dari semasa ke semasa bagi langkah persediaan untuk rawatan Liza.

Keperluan asas kanak-kanak iaitu pampers Drypers Wee Wee Dry bersaiz L turut diberikan sebanyak empat pek, manakala stok susu Dumex Dugro Asli serta makanan bijirin Nestum diberikan sebanyak lapan pek setiap jenis. Kesemuanya ialah untuk stok keperluan Liza bagi jangka masa panjang.

Unit Salam dan team MVM bekerjasama mengangkat stok pampers dan susu ketika baru tiba di kawasan parking apartment.

 

TERIMA KASIH

“Sebenarnya ini dah lebih dari cukup. Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sudi menyumbang untuk Liza,” luah Norfaizzah.

“Semoga semuanya dipermudahkan urusan. Terima kasih banyak-banyak,” ujarnya lagi.

Liza merupakan penerima sulung Bantuan Salam MVM pada 2019. Sumbangan yang dijalankan hari ini merupakan pemangkin kepada aduan-aduan asnaf untuk masa akan datang.

Sekiranya mahu membuat permohonan Bantuan Salam, atau aduan mengenai asnaf di sekitar anda, anda boleh nyatakan permohonan dan aduan di http://bit.ly/aduansalammvm.

Manakala jika anda mahu menyumbang ke tabung umum Bantuan Salam untuk kami membantu lebih ramai lagi asnaf yang memerlukan, anda dialu-alukan menyumbang di https://donationmvm.org/donations/bantuan-salam-mvm-2019/.

Semoga serahan Bantuan Salam 2.1 untuk Liza ini menjadi bukti bahawa ramai lagi insan dalam masyarakat kita yang sangat memerlukan bantuan kehidupan.

Doakan Liza selamat meneruskan kehidupan. Terima kasih rakyat Malaysia!

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.